Saluran Gas Bocor, Laluan Subang - Glenmarie Terpaksa Ditutup 25 Hari
Sofea Najmi
23-4-2021
Laluan ditutup buat sementara waktu dari Subang menghala ke Glenmarie ekoran kerja baik pulih saluran paip gas yang bocor di kawasan pembinaan LRT 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen U1.
Kerja-kerja untuk membaiki saluran paip ini dijangka mengambil masa selama 25 hari sebelum jalan boleh digunakan semula oleh orang ramai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kerja pengalihan utiliti ini semalam dan difahamkan bahawa saluran yang bocor itu adalah saluran utama yang membekalkan gas asli ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Menurutnya, pihak bomba menyarankan agar laluan ini ditutup untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan juga penduduk di kawasan sekitar.
"Untuk makluman lokasi penutupan jalan ini adalah penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penutupan penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.
"Bagi mengelakkan kesesakan, laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove.
"Jarak laluan dua lokasi berkenaan adalah kira-kira 350 meter. Tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra dijangka selama 25 hari (tempoh membaik pulih dijangka selesai)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gambar menunjukkan laluan dari arah Subang menghala ke Glenmarie yang ditutup dan laluan kontra yang dibuka.
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh 25 hari ini, rondaan akan dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam dan pihak MRT untuk mengkaji tahap kesesakan trafik dan juga keselamatan pengguna jalan.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu secara berhemah, patuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati ketika melalui laluan kontra terbabit," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD3445
SELANGOR
BSE7310
JOHOR
JXX4203
PULAU PINANG
PRQ6309
PERAK
ANV6963
PAHANG
CFB7584
KEDAH
KGA5638
NEGERI SEMBILAN
NEF8690
KOTA KINABALU
SJK9284
KUCHING
QAB3585L
Terakhir Kemas Kini 17 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025
Berita Terkini
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Senarai Jalan Ditutup Akan Didedah Pada Selasa Depan
Banyak jalan akan ditutup di Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
16-05-2025
Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia
Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
16-05-2025
Tukar Kereta Lama Kepada Kereta Proton: Kerajaan Tawar Pengecualian Cukai Jalan Selama 1 Tahun
Kerajaan kini menawarkan insentif pengecualian cukai jalan selama setahun kepada mana-mana individu yang mahu menukar kereta lama kepada kereta Proton.
16-05-2025
Thailand Puji Pembangunan ECRL, Cadang Sambungan Hingga Ke Sempadan
Projek ECRL dijangka mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand jika ia dilanjutkan hingga ke sempadan Sungai Golok.
16-05-2025
Program Proton Xchange: Semua Pemilik Kereta Lama Kini Boleh Tukar Kereta Baharu, Proton Bagi Rebat RM2K, Boleh Beli e. MAS 7
Semua pemilik kereta lama kini boleh tukar kereta baharu termasuk Proton e.MAS 7.
16-05-2025
Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi
Kerajaan diminta untuk melanjutkan lagi insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV.
15-05-2025
200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April
Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.
15-05-2025
C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan
Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.
15-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat