Kenapa Petronas Tukar Kepada Diesel Euro 5?
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mendedahkan bahawa minyak diesel di kesemua stesen PETRONAS di seluruh negara kini hanyalah daripada gred Euro 5.
Dinamakan sebagai PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, minyak diesel ini ditawarkan dalam tiga campuran biodiesel berbeza iaitu B7, melalui nozel berwarna biru, dan B10 serta B20 melalui nozel berwarna hitam.
Minyak diesel terbaharu ini mematuhi piawaian Euro 5 dengan kandungan sulfur 50 kali lebih rendah daripada sebelum ini. Ini semestinya memberikan impak yang positif kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan emisi karbon dengan signifikan, seiring dengan agenda kelestarian kerajaan dan PETRONAS.
“Kami berbesar hati kerana telah berjaya mewujudkan rangkaian terbesar dan paling mudah diakses untuk diesel Euro 5 di Malaysia. Ketiga-tiga campuran biodiesel PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memastikan semua pengguna kenderaan mempunyai akses kepada pilihan bahan api yang lebih bersih, yang bukan sahaja lebih baik untuk kenderaan mereka, tetapi juga menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah," ujar Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.
Tambahnya lagi, “Selain daripada mematuhi piawaian Euro 5 yang dimandatkan oleh Kerajaan, formulasi unik kami memberikan pemanduan lebih kuasa untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih jauh di jalan raya. Ini adalah sebahagian daripada janji PDB untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan kita lebih mudah dan bermanfaat."
PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive dikatakan dapat memberi banyak manfaat kepada kenderaan yang menggunakan diesel. Inovasi terbaharu ini dapat membuatkan enjin tahan lebih lama dengan pembakaran yang lebih baik, meningkatkan prestasi enjin, menjimatkan, mengurangkan gegaran dan dapat memastikan perjalanan lebih lancar.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari dynamicdiesel.my
Gallery


Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ4057
SELANGOR
BSF9721
JOHOR
JYC6198
PULAU PINANG
PRS1719
PERAK
ANX3895
PAHANG
CFC4478
KEDAH
KGB2592
NEGERI SEMBILAN
NEG3980
KOTA KINABALU
SJL5715
KUCHING
QAB6330L
Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Terkini
Jalan Ditutup Sempena AMM Ke-58 Bermula 8-11 Julai 2025, Rancang Perjalanan Anda!
Sebahagian jalan di Kuala Lumpur ditutup namun dilencongkan ke laluan lain.
04-07-2025
Trak Tentera Masuk Tasik, Rupanya Ada Masalah Brek
Tiga anggota tentera yang berada di dalam trak itu terselamat .
04-07-2025
Takungan Air Dalam Terowong, Punca Perkhidmatan Aerotrain Digantung
Gara-gara hujan lebat, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digantung sementara selama lebih sejam pada pagi tadi.
04-07-2025
Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam
Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.
04-07-2025
4 Penyamun Bersenjata Parang Tak Jadi Samun, Mangsa Lepaskan Das Tembakan
Empat penyamun bersenjatakan parang yang cuba menyamun seorang pemandu kereta terkejut besar apabila mangsa melepaskan beberapa das tembakan.
04-07-2025
Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.
04-07-2025
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Rasionalisasi RON95: Tanggungjawab Bertambah, Pengusaha Stesen Minyak Mohon Upah
Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian insentif upah khas kepada pengusaha stesen minyak.
04-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat