ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Petronas Tukar Kepada Diesel Euro 5?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mendedahkan bahawa minyak diesel di kesemua stesen PETRONAS di seluruh negara kini hanyalah daripada gred Euro 5.

 

Dinamakan sebagai PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, minyak diesel ini ditawarkan dalam tiga campuran biodiesel berbeza iaitu  B7, melalui nozel berwarna biru, dan B10 serta B20 melalui nozel berwarna hitam.






Minyak diesel terbaharu ini mematuhi piawaian Euro  5 dengan kandungan sulfur 50 kali lebih rendah daripada sebelum ini. Ini semestinya memberikan impak yang positif kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan emisi karbon dengan signifikan, seiring dengan agenda kelestarian kerajaan dan PETRONAS.

 

“Kami berbesar hati kerana telah berjaya mewujudkan rangkaian terbesar dan paling mudah diakses untuk diesel Euro 5 di Malaysia.  Ketiga-tiga campuran biodiesel PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memastikan semua pengguna kenderaan mempunyai akses kepada pilihan bahan api yang lebih bersih, yang bukan sahaja lebih baik untuk kenderaan mereka, tetapi juga menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah," ujar Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.

 

Tambahnya lagi, “Selain daripada mematuhi piawaian Euro 5 yang dimandatkan oleh Kerajaan, formulasi unik kami memberikan pemanduan lebih kuasa untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih jauh di jalan raya. Ini adalah sebahagian daripada janji PDB untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan kita lebih mudah dan bermanfaat."






PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive dikatakan dapat memberi banyak manfaat kepada kenderaan yang menggunakan diesel.  Inovasi terbaharu ini dapat membuatkan enjin tahan lebih lama dengan pembakaran yang lebih baik, meningkatkan prestasi enjin, menjimatkan, mengurangkan gegaran dan dapat memastikan perjalanan lebih lancar.

 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari dynamicdiesel.my

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPJ4057

SELANGOR

BSF9721

JOHOR

JYC6198

PULAU PINANG

PRS1719

PERAK

ANX3895

PAHANG

CFC4478

KEDAH

KGB2592

NEGERI SEMBILAN

NEG3980

KOTA KINABALU

SJL5715

KUCHING

QAB6330L

Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.85

-0.03

EURO 5 B7

RM 3.05

-0.03

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Teknologi

16-06-2025
Berita Auto

06-06-2025
Berita Auto

21-11-2024
Global

23-09-2024
Global

18-09-2024
EV

29-12-2023
Berita Auto

21-10-2022
Berita Auto

20-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Ditutup Sempena AMM Ke-58 Bermula 8-11 Julai 2025, Rancang Perjalanan Anda!

Sebahagian jalan di Kuala Lumpur ditutup namun dilencongkan ke laluan lain.

04-07-2025
Berita Auto

Trak Tentera Masuk Tasik, Rupanya Ada Masalah Brek

Tiga anggota tentera yang berada di dalam trak itu terselamat .

04-07-2025
Berita Auto

Takungan Air Dalam Terowong, Punca Perkhidmatan Aerotrain Digantung

Gara-gara hujan lebat, perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digantung sementara selama lebih sejam pada pagi tadi.

04-07-2025
Berita Auto

Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam

Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.

04-07-2025
Berita Auto

4 Penyamun Bersenjata Parang Tak Jadi Samun, Mangsa Lepaskan Das Tembakan

Empat penyamun bersenjatakan parang yang cuba menyamun seorang pemandu kereta terkejut besar apabila mangsa melepaskan beberapa das tembakan.

04-07-2025
Berita Auto

Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.

04-07-2025
Berita Auto

Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...

Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.

04-07-2025
Berita Auto

Rasionalisasi RON95: Tanggungjawab Bertambah, Pengusaha Stesen Minyak Mohon Upah

Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian insentif upah khas kepada pengusaha stesen minyak.

04-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.