Jentera Ini Bakal Menjengah Pasaran AS!
Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Nissan Motor Co. Ltd., menayangkan kereta sports Nissan Z yang merupakan versi pasaran Amerika Syarikat (AS) di Bandar Raya New York, AS pada bulan lalu.
-_001-full.jpg)
Generasi ketujuh Z dijangka akan mula dijual di AS pada suku kedua tahun hadapan.
Menyingkap sejarah yang sudah melangkaui lebih 50 tahun, Nissan Z dikatakan berjaya dijual lebih 1.8 juta unit di seluruh dunia.
-Performance-grade_029-source-full.jpg)
Jualan ini menjadikan ia merupakan salah sebuah kereta sporty yang paling laris dijual secara global.
-Performance-grade_031-source-full.jpg)
“Menerusi Nissan Z, kami membawakan reka bentuk kereta sports terkini selain prestasi enjin yang berkuasa tinggi,” kata Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Prestasi, Ashwani Gupta dalam satu kenyataan.
Nissan Z serba baharu ini didapati dalam dua varian dan satu lagi ialah varian edisi terhad – Sport Prestasi dan model Nissan Z Proto Spec ini hanya dihadkan kepada 240 unit.
-Proto-Spec-edition_001-source-full.jpg)
Kesemua tiga varian ini dikuasakan oleh enjin 3 liter V6 turbo berkembar dimana ia mampu menghamburkan 400 kuasa kuda dan tork 475Nm pada takat 5,600 rpm.
Enjin itu turut dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau transmisi automatik 9-kelajuan dengan pedal syif.
-Proto-Spec-edition_003-source-full.jpg)
Kesemua transmisi didatangkan dengan sistem kawalan bantuan pelancar dimana ia memberikan pecutan yang agak lancar.
Untuk makluman anda, terdapat dua mod pemanduan iaitu Standard dan Sport. Bagaimanapun, mod ini dikatakan hanya didapati untuk transmisi automatik.
Malah, terdapat juga driveshaft komposit fiber karbon dan downshift rev yang hanya didapati untuk transmisi manual, perbezaan slip jenis klac, lampu hadapan LED dan lampu belakang LED 3D signatur.
Ia turut digabungkan dengan ciri moden seperti spoiler belakang, skrin sentuh 8-inci , tiga analog, kluster instrumen bersaiz 12.3 inci, rim aloi bersaiz 18 atau 19 inci, upholsteri kulit.
-_002-full.jpg)
Nissan Z juga didapati dalam tiga warna monoton dan enam warna dua ton termasuk dua warna baharu, Biru Seiran, Kuning Ikazuchi.
Kedua-dua ini hadir dengan bumbung berwarna Super Black.
Ia juga digandingkan tiga warna di ruang dalaman iaitu graphite, merah dan biru. Model Proto Spec juga bercirikan kuning aksen di kesemua bahagian kabinnya.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera ini.
Namun ketika sidang akhbar, harga jentera ini masih belum didedahkan.
Menurut beberapa akhbar tempatan, harga jentera ini akan diumumkan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
