ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Sofea Najmi

10-9-2021

Kongsi melalui

Semasa sambutan Monterey Car Week baru-baru ini, pengeluar kereta Sweden, Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Koenigsegg Automotive AB,  Christian von Koenigsegg berkata, "Saya rasa begitu gembira dengan reaksi yang sangat positif diterima untuk model Jesko Absolut dan Gamera semasa di Monterey. Perasaan bila dapat mendengar sendiri (reaksi) daripada orang yang telah lama mengikuti jenama kami ialah satu perkara yang sangat memuaskan."


Koenigsegg mendedahkan bahawa, Jesko Absolut bakal menjadi  Koenigsegg terpantas yang pernah dihasilkan, dan tiada lagi kereta untuk kegunaan jalan raya dalam siri pengeluaran lain yang lebih pantas daripada ini. 

 

Barisan model ini akan ditawarkan kepada pelanggan dalam dua pilihan berbeza iaitu versi berkelajuan tinggi, Jesko Absolut dan juga versi litar, Jesko 'Attack.'

 

Koenigsegg Jesko Absolute mampu memberikan kuasa mencapai 1,600 bhp.

 

Seterusnya ialah Koenigsegg Gemera, kereta pertama daripada syarikat ini yang didatangkan dengan empat tempat duduk, MEGA-GT yang dihasilkan oleh Freevalve.


Gamera dikuasakan oleh enjin 2L Tiny Friendly Giant Twin Turbo Freevalve, 3 silinder dengan kuasa sebanyak 500 bhp pada 7,500 ke 8,500 rpm.


Enjin ini digabungkan dengan tiga motor elektrik yang mana kedua-dua roda belakang dipadankan dengan motor masing-masing, sementara itu, motor yang ketiga pula diletakkan pada crankshaft untuk memberi kuasa kepada roda depan.


Setiap satu motor pada roda belakang membekalkan kuasa sebanyak 500 bhp dan 1000 Nm, manakala satu E-motor pada crankshaft pula membekalkan sebanyak 400 bhp dan 500 Nm kepada roda depan (bersama-sama dengan ICE).

 

Gabungan kuasa enjin petrol dan e-motor membolehkan Gamera memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 1.9 saat.

 

Selain dua model ini, Koenigsegg turut mempertontonkan lima lagi kereta lain yang didatangkan daripada Koenigsegg Ghost Squadron Amerika Syarikat. Antaranya ialah CCX, Agera FE,  Reger dan Agera RS.


Model Koenigsegg Jesko yang pertama dijadualkan untuk dihantar kepada pembeli pada penghujung tahun 2022, dan pengeluaran untuk Koenigsegg Gemera pula akan dimulakan pada tahun 2023.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPE1845

SELANGOR

BSE9458

JOHOR

JXY1582

PULAU PINANG

PRQ8431

PERAK

ANV9784

PAHANG

CFB8219

KEDAH

KGA6537

NEGERI SEMBILAN

NEF9643

KOTA KINABALU

SJK9999*

KUCHING

QAB4061L

Terakhir Kemas Kini 24 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.80

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.00

+0.03

Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025

Berita Berkaitan

Global

11-07-2023
Berita Auto

23-08-2022
Global

15-06-2022
Berita Auto

12-06-2022
Global

11-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Trak TLDM Terbabas, Langgar 5 Kereta Awam Sebelum Terjunam Di Tebing Jalan

Sebuah trak tiga tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabas sebelum melanggar lima buah kenderaan awam dalam kejadian di simpang tiga Resorts World, Langkawi, petang tadi.

23-05-2025
Berita Auto

R&D Proton Di China Percepat Pembangunan Model Baharu Proton

Pembukaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (PRDC) PROTON di Hangzhou Bay, China, telah melonjakkan lagi pembangunan model baharu Proton.

23-05-2025
Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025
Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.

23-05-2025
Berita Auto

Acara KL Car-Free Morning Dibatalkan Minggu Ini

Acara KL Car-Free Morning (KLCFM) yang dijadualkan pada hari Ahad, 25 Mei ini dibatalkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

23-05-2025
Berita Auto

Lanjutkan ECRL Ke Sungai Golok Untuk Tingkatkan Hubungan 2 Negara

Sambungan ECRL ke Sungai Golok mampu lengkapkan koridor timur SKRL.

23-05-2025
Berita Auto

Pulau Pinang Pertimbang Bina Jambatan Ketiga, Ganti Terowong Dasar Laut

Kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk membina jambatan merentasi Selat Pulau Pinang.

22-05-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: PLUS Tutup Jalan Untuk Lancarkan Perjalanan Delegasi

PLUS akan tutup jalan secara berperingkat mulai esok sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

22-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.