Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!

Semasa majlis pelancaran kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) Proton yang pertama di Tanjung Malim, Perak, satu kejutan diberikan apabila Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru. Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi dan Pengasas Geely Group, Li Shufu.
Lebih Eksklusif & Canggih?
-full.jpg)
-full.jpg)

-full.jpg)
Video teaser tersebut memberikan gambaran awal tentang reka bentuk sedan ini yang kelihatan lebih eksklusif berbanding generasi sebelumnya. Proton mengesahkan Saga terbaru masih menggunakan platform AMA yang telah diberikan perubahan besar.



Foto prototaip Saga generasi baharu yang diambil awal tahun ini menunjukkan terdapat satu sensor optik di bahagian tengah atas cermin hadapan.
Perubahan besar-besaran terhadap platform itu mungkin melibatkan kehadiran sistem elektrikal dan elektronik (E&E) baharu yang membolehkan model itu dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu canggih (ADAS) atau sekurang-kurangnya fungsi asas yang ditawarkan dalam teknologi ADAS dengan ciri seperti brek kecemasan autonomi (AEB) dan pengesanan titik buta (BSD). Perkara ini disahkan jurucakap Proton melalui segmen temubual di dalam video tersebut.
Baca: Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Enjin 1.5 Liter Yang Lebih Berkuasa
-full.jpg)
Proton turut mendedahkan bahawa Saga generasi terbaru itu bakal menggunakan “trenkuasa 1.5 liter baharu,” dipercayai enjin 4 silinder aspirasi natural yang diadaptasi daripada enjin turbo 1.5 liter pada model X50 facelift.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan melalui teaser Saga yang ditayangkan Proton. Walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai tarikh pelancarannya, kami tidak menolak kemungkinan model kesayangan rakyat Malaysia ini akan muncul tidak lama lagi, mungkin dalam suku terakhir (Q4) tahun ini.
Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
