Ekzos bising, denda RM2,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pemilik motosikal yang menggunakan ekzos bising bakal berdepan dengan hukuman undang-undang.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pesalah berhadapan dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan.
“Pemilik atau penunggang motosikal yang mengubah suai kenderaan mereka dengan menggunakan ekzos yang bising bakal berdepan dengan hukuman itu.
“Hukuman itu dikuatkuasakan di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959),” katanya.
![]()
Ia memperuntukkan setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor perlu diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.
Malah, pemilik kenderaan itu perlu memastikan ia tidak diubah suai sehingga menyebabkan pencemaran bising.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azisman berkata, di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal berkenaan.
Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya lagi kesalahan tersebut (penggunaan ekzos).
Malah, pihak polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan tersebut tidak berulang lagi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak penggunaan ekzos bising merupakan trend semasa dalam kalangan golongan muda yang mahu meningkatkan kelajuan selain bertujuan untuk mencantikkan kenderaan mereka.
Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang pengubahsuaian kenderaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

