ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Lancar Pelan Tindakan Lestari Pertama

Suhana Veru

Kongsi melalui

Perusahaan Otomobil Kedua  Sdn Bhd (Perodua) mengorak setapak ke hadapan selepas melancarkan  pelan tindakan lestari pertama, Perodua Smart Build yang dikenali sebagai “Transformasi 3.0”.

Perodua Smart Build dibina berdasarkan kejayaan sebelumnya bagi mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan  kukuh.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin berkata, pihaknya bekerjasama dengan rakan niaga  tempatannya bagi mewujudkan masa depan yang lebih lestari dalam industri automotif Malaysia.


“Pelan tindakan lestari  direka untuk membantu Perodua mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri itu menjadi lebih berdaya saing dan maju.

“Dari segi produk, model-model kami pada masa hadapan akan lebih seiring dengan trend semasa dan pada masa sama kami  mengekalkan kelebihan Perodua iaitu ruang, kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan nilai terbaik,” katanya. 

Tambah beliau, kakitangan Perodua kini sedang bekerjasama dengan Daihatsu, Jepun bagi mereka bentuk model Daihatsu dimana ia merupakan satu usaha untuk mengeksport kepakaran ke luar negara.

“Kami berterima kasih kepada Daihatsu kerana memberi peluang dan terus menyokong Perodua sejak awal lagi.

“Sudah tiba masanya, untuk kita berkongsi kerjasama ini sepenuhnya dengan rakan niaga kami di Malaysia,”ujarnya lagi. 

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pembekal Malaysia didapati telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daithatsu.

Oleh itu, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan lebih banyak pembekal tempatan ke arah tuju yang sama.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-07-2023
Video

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

14-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

02-12-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.