Volvo dan Geely Tidak Jadi Untuk Bergabung
Pengeluar kereta China, Geely Automobile Holdings Ltd (Geely Auto) dan sekutunya, pengeluar Sweden, Volvo Cars membatalkan rancangan untuk menggabungkan operasi. Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pengeluar menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan struktur korporat berasingan, namun dalam masa yang sama akan bekerjasama dalam aspek teknologi kenderaan elektrik.


Usaha baharu ini dilihat dapat meningkatkan kecekapan dan mengekalkan momentum kedua-dua pengeluar dalam usaha penyelidikan dan juga pembangunan produk.
Dalam kerjasama baharu ini, mereka akan menyumbangkan enjin, sistem transmisi dan juga sistem hibrid petrol-elektrik bagi kegunaan kedua-dua syarikat dan pengeluar kereta yang lain. Kolaborasi yang akan dilakukan ini turut memperlihatkan perkongsian platform kereta elektrik dan juga perancangan untuk menjalin kerjasama pemerolehan bagi mengurangkan kos pembelian bahan kedua-dua syarikat pengeluar.
Sepanjang kerjasama ini, Geely diberikan tanggungjawab untuk memantau operasi pembuatan powertrain, manakala Volvo kekal sebagai entiti yang terasing daripada proses tersebut.
Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan oleh Volvo dan Geely, mereka turut akan menumpukan perhatian untuk menghasilkan dan menyumbangkan teknologi generasi baharu yang melibatkan sambungan (connectivity), kereta pandu-kendiri hinggalah perkongsian kereta dan juga elektrifikasi.
Dalam masa yang sama, Geely Auto turut akan menerima rangsangan bagi pertumbuhan jualan di seluruh dunia melalui rangkaian jualan yang dimiliki Volvo bagi jualan kenderaan berjenama Lynk & Co. milik kedua-dua pengeluar. Dengan pembatalan perancangan untuk menjual kereta di benua Eropah, portfolio automotif Geely kekal hanyalah di negara China.
Zhejiang Geely Holding Group, ibu syarikat Geely’s Automobile, telah membeli Volvo Cars daripada Ford Motor Co pada tahun 2010. Mereka juga merupakan pemegang saham Daimler AG dan pengeluar kereta negara, Proton.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
