ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo dan Geely Tidak Jadi Untuk Bergabung

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta China, Geely Automobile Holdings Ltd (Geely Auto) dan sekutunya, pengeluar Sweden, Volvo Cars membatalkan rancangan untuk menggabungkan operasi. Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pengeluar menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan struktur korporat berasingan, namun dalam masa yang sama akan bekerjasama dalam aspek teknologi kenderaan elektrik. 


Usaha baharu ini dilihat dapat meningkatkan kecekapan dan mengekalkan momentum kedua-dua pengeluar dalam usaha penyelidikan dan juga pembangunan produk. 

Dalam kerjasama baharu ini, mereka akan menyumbangkan enjin, sistem transmisi dan juga sistem hibrid petrol-elektrik bagi kegunaan kedua-dua syarikat dan pengeluar kereta yang lain.  Kolaborasi yang akan dilakukan ini turut memperlihatkan perkongsian platform kereta elektrik dan juga perancangan untuk menjalin kerjasama pemerolehan bagi mengurangkan kos pembelian bahan kedua-dua syarikat pengeluar.

Sepanjang kerjasama ini, Geely diberikan tanggungjawab untuk memantau operasi pembuatan powertrain, manakala Volvo kekal sebagai entiti yang terasing daripada proses tersebut. 

Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan oleh Volvo dan Geely, mereka turut akan menumpukan perhatian untuk menghasilkan dan menyumbangkan teknologi generasi baharu yang melibatkan sambungan (connectivity), kereta pandu-kendiri hinggalah perkongsian kereta dan juga elektrifikasi. 

Dalam masa yang sama, Geely Auto turut akan menerima rangsangan bagi pertumbuhan jualan di seluruh dunia melalui rangkaian jualan yang dimiliki Volvo bagi jualan kenderaan berjenama Lynk & Co. milik kedua-dua pengeluar.  Dengan pembatalan perancangan untuk menjual kereta di benua Eropah, portfolio automotif Geely kekal hanyalah di negara China. 

Zhejiang Geely Holding Group, ibu syarikat Geely’s Automobile, telah membeli Volvo Cars daripada Ford Motor Co pada tahun 2010.  Mereka juga merupakan pemegang saham Daimler AG dan pengeluar kereta negara, Proton. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA8652

SELANGOR

BSV3534

JOHOR

JH9503J

PULAU PINANG

PSH6158

PERAK

APN2791

PAHANG

CFJ4872

KEDAH

KGJ9561

NEGERI SEMBILAN

NEM6948

KOTA KINABALU

SJV3290

KUCHING

QAB1027Q

Terakhir Kemas Kini 25 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026
Berita Auto

Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan

KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.

24-11-2026
Berita Auto
Berita Auto

MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.

23-11-2026
Berita Auto

Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir

Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.

23-11-2026
Berita Auto

Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh

Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.

23-11-2026
Berita Auto

Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion

: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .

23-11-2026
Berita Auto

10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka

GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.

23-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.