Bently Dedah Imej Acah Continental GT Speed Baharu
Bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah Bentley Continental GT Speed, sebuah kenderaan di jalan raya yang paling dinamik keluaran Bentley Motors pada tahun ke-101 sebagai sebuah syarikat gergasi automotif mewah.
Pelancaran yang dinanti-nantikan ramai bakal berakhir pada 23 Mac 2021 ini, tarikh model baharu ini bakal didedahkan oleh pembuat kereta British untuk menyertai barisan Continental yang lain.

'Speed' merupakan nama akhiran yang diberikan kepada generasi Continental GT Bentley yang seterusnya. Model andalan ini akan muncul dengan lebih banyak ciri menarik.
Beberapa imej acah Continental GT Speed yang menakjubkan telah didedahkan oleh Bentley yang memberikan kita sedikit idea tentang apa yang boleh dijangkakan secara visual sebelum pendedahan sepenuhnya dibuat pada minggu depan.
Continental GT Speed baharu ini dijangka akan dilengkapkan dengan rim bersaiz 22 inci dan juga satu set splitter. Juga dapat dilihat, model baharu ini akan dilengkapi satu set skirt dan sambungan pada ambang pintu sepertimana yang boleh didapati pada pakej reka bentuk Mulliner Carbon Bentley.
![]()
Aspek estetika lain yang dimilikinya adalah bahagian luarannya yang diwarnakan dengan warna kelabu gelap di samping fascia hadapan yang kelihatan agak berbeza. Kemungkinan pendekatan berbeza telah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk model baharu ini kerana kemasan krom pada bahagian luaran yang terdapat pada model terdahulu tiada pada model ini.
Salah satu resepi penting Continental GT Speed baharu adalah prestasinya. Syarikat yang berpangkalan di Crewe, Cheshire, England ini telah menyatakan yang Continental GT Speed akan didatangkan dengan teknologi casis baharu di samping kelengkapan mewah yang lain.
Berdasarkan video acah yang dikongsikan oleh Bentley, video yang digabungkan dengan bunyi ngauman enjin model ini, dianggarkan bahawa kereta ini akan menggunakan enjin yang telah ditambah baik daripada model sedia ada Continental GT iaitu enjin W12 6 liter twin-turbo.
Pada masa ini, enjin yang digunakan Continental GT memiliki output kuasa 626 hp (466 kW) dengan daya kilas 897 Nm. Walau bagaimanapun, untuk model baharu Continental GT Speed, jurutera telah melakukan penambahbaikan enjin yang boleh mencapai output maksimum kuasa kuda sehingga 670 hp.
Untuk tujuan perbandingan, enjin yang digunakan oleh generasi sebelum Continental GT Speed adalah sama iaitu enjin W12 yang menghasilkan output kuasa setinggi 633 hp kuasa kuda (472 kW) dan 840 Nm daya kilas.
Harga yang ditawarkan untuk Bentley Continental GT dengan enjin W12 ialah $200,000 (RM 823,700). Memandangkan kuasa dan teknologi yang dimiliki Continental GT Speed adalah jauh lebih tinggi, harganya juga menjadi lebih tinggi berbanding model terdahulu.
Melihatkan bagaimana syarikat ini telah bergerak maju ke depan, model yang bakal didedahkan nanti berkemungkinan akan menjadi salah satu model andalan terakhir yang memiliki enjin 12 silinder sebelum Bentley meneruskan misinya untuk melakukan transisi kepada penghasilan model kereta elektrik.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9656
SELANGOR
BSV2157
JOHOR
JH6013J
PULAU PINANG
PSH4770
PERAK
APN1380
PAHANG
CFJ4391
KEDAH
KGJ8721
NEGERI SEMBILAN
NEM6304
KOTA KINABALU
SJV2469
KUCHING
QAB468Q
Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiada Lagi Bentayga Speed W12
Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin W12 buatan tangan kerana mahu menumpukan kepada elektrifikasi.
10-10-2023
Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM
Bentley Motors melabur sebanyak £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Pembuatan Aditif.
06-04-2022
Bentley Mulakan Operasi Pusat Ujiannya Sendiri
Pusat Ujian Kejuruteraan (Engineering Test Centre) yang baru ditubuhkan Bentley Motors telah memulakan operasi.
14-02-2022
Bentley Catat Prestasi Jualan Tinggi Walau Pandemik, Ini Angka Yang Berjaya Dicapai Di Seluruh Dunia
Bentley Motors mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus bagi tahun 2021.
10-02-2022
Peminat Kereta Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Jentera Luar Biasa Bentley
Pameran Minggu Kereta Monterey 2021 diadakan baru-baru ini.
08-10-2021
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Bentley Continental GT S 2023, Harga Boleh Tahan
Selain Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure, Bentley Malaysia turut melancarkan sebuah lagi jentera mewahnya, Continental GT S 2023.
14-03-2023
Pecut Dalam 3.6 Saat! Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang GT Speed, Model Paling Berkuasa Bentley
Bentley Motors telah mendedahkan sebuah versi andalan (flagship) baharu bagi Grand Tourer tanpa bumbung (open-top) - Continental GT Speed Convertible.
05-05-2021
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
