Diskaun 50% Untuk Saman Dilanjutkan Kerana Isu Teknikal
Bersempena dengan Hari Polis Ke-214 semalam dan juga pelancaran portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman, Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Bador telah mengumumkan diskaun untuk pembayaran saman sehingga 50%.

Diskaun ini hanyalah untuk pengguna yang membayar saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sahaja. Namun begitu, disebabkan volume trafik pengunjung portal dan pengguna aplikasi yang terlalu tinggi dalam satu-satu masa, berlaku isu teknikal yang mengganggu proses pembayaran. Pengguna dilaporkan menghadapi masalah untuk mendapatkan resit setelah membuat pembayaran melalui sistem tersebut.

Pihak JSPT memohon maaf atas kesulitan yang dilalui orang ramai ketika menggunakan sistem serta mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar saman. JSPT turut memaklumkan bahawa sebaik isu teknikal ini berjaya diselesaikan, resit bayaran akan dihantarkan secara terus kepada email pengguna.
Sementara itu, sebuah perkongsian dalam bentuk info grafik turut dibuat di laman FB JSPT tentang kategori saman yang tidak mendapat pengurangan kompaun supaya orang ramai lebih mudah faham tentang tawaran diskaun yang diberikan.

Seperti kata JSPT dalam grafik di atas "lewat bayar, bayar lebih," sebaik sistem dah selesai dinaik taraf nanti, pastikan anda selesaikan saman yang ada dengan secepat mungkin untuk menikmati diskaun yang ditawarkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

