ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Perincian Ciri-Ciri Keselamatan Perodua Ativa Yang Mengagumkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua Ativa yang baru sahaja dilancarkan dapat dilihat memberi keutamaan kepada ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh sebuah kenderaan.  Model terbaharu ini dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan bagi kategori aktif dan juga pasif.  



Elemen menarik yang diketengahkan Ativa dalam hal keselamatan ialah sistem yang dipanggil Perodua Smart Drive Assist. Sistem ini merangkumi pelbagai ciri keselamatan kereta seperti Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Parkir, dan Bantuan Lampu Depan. 

Ciri Advanced Safety Assist 3.0 ialah yang pertama bagi syarikat Perodua dan didatangkan secara standard untuk model ini.  Sistem lain yang ada ialah amaran pra-pelanggaran yang mana pemandu akan menerima isyarat sekiranya pelanggaran di bahagian hadapan akan berlaku.  Ciri keselamatan ini turut lengkap dengan kebolehan untuk mengesan kenderaan beroda dua.  



Bukan itu sahaja, pek keselamatan Perodua Ativa juga lengkap dengan ciri brek pra-pelanggaran atau brek kecemasan automatik yang akan mengesan ketiadaan input atau tindak balas daripada pemandu sebelum berlaku pelanggaran dan akan menekankan brek secara automatik untuk memberhentikan kereta.  

Di samping itu, kereta ini turut menampilkan ciri keselamatan lain ialah Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak ke Depan. Fungsi penting seperti Pedal Misoperation Control (PMC) atau Kawalan Tersalah Tekan Pedal akan membantu pemandu mengelak daripada tersilap tekan pedal semasa parkir.  

Berkenaan dengan Sistem Bantuan Pemanduan Autonomi Tahap 2 pula, ciri ini merangkumi lima buah sistem keselamatan. Yang pertama ialah Amaran Lencongan (LDW) yang memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku lencongan haluan secara tidak sengaja. 

Seterusnya ialah  Kawalan Kekal Lorong yang membantu pemandu untuk berada pada jarak yang selamat dalam barisan laluan memandu. Juga terdapat Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) yang dapat mengesan kenderaan pada bahagian titik buta untuk memberi amaran kepada pemandu.  Kereta ini turut lengkap dengan ciri Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) yang membenarkan pemandu untuk mengekalkan daya pecutan kenderaan pada kelajuan yang sama tanpa perlu menekan pedal.  

Antara ciri bantuan parkir yang disediakan Ativa adalah termasuk sensor undur (hanya untuk varian X), serta ciri tambahan sensor hadpaan dan undur bagi varian H. Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) turu ditawarkan untuk varian AV yang memberikan pemandu kemudahan yang lebih ketika mengundur keluar dari petak parkir. 

Mengenai bantuan lampu depannya pula, ciri yang ditawarkan adalah Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB) dan Lampu Memandu Adaptif (ADB).  AHB ditawarkan pada model asas, manakala ADB pula pada model yang lebih tinggi.  

Lampu depan matriks LED pada Ativa berfungsi dengan kombinasi LED dan cermin berserta beberapa buah kamera dan sensor.  Sensor dan kamera ini akan melakukan imbasan laluan di hadapan untuk mengesan kehadiran kenderaan lain atau mengesan perubahan yang berlaku pada permukaan jalan.  Setiap lampu depan memiliki 9 buah LED yang menghasilkan matriks (yang terbahagi) yang akan bertindak balas mengikut data yang dikumpulkan dan disampaikan oleh sensor dan kamera.  Ciri ini membenarkan kenderaan untuk mengesan kenderaan yang mendatang di samping boleh dimatikan oleh sensor dan juga perisian termaju secara automatik untuk mengelakkan silauan.

Berkaitan ciri keselamatan pasif Ativa, SUV ini lengkap dengan enam buah beg udara yang diletakkan pada tempat duduk pemandu, penumpang depan, tepi dan juga tingkap kenderaan.  Sistem lain ialah seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan juga Bantuan Brek (BA) yang akan membantu ABS mengelakkan gelinciran tayar ketika brek ditekan dengan serta-merta.  

Seterusnya ialah Sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan yang dapat membantu mengurangkan masalah "understeer" atau "oversteer" terutama sekali ketika belokan dalam kelajuan yang tinggi.  Signal berhenti kecemasan akan diaktifkan bersama dengan lampu amaran ketika brek secara tiba-tiba untuk memberi amaran kepada pemandu lain.  Fungsi Bantuan Pegun Bukit juga disediakan untuk mengelakkan Ativa daripada bergerak ke belakang sekiranya pemandu terlepas brek ketika berada pada kedudukan menaik.  

Perodua Malaysia turut mengumumkan bahawa ciri keselamatan Ativa akan menjadi penanda aras bagi kesemua model syarikat Perodua pada masa akan datang.  


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-07-2023
Video

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

14-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

02-12-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Tips

Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.

07-09-2026
Tips

Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)

Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.

07-09-2026
Tips

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026
Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.