HWG berhasrat untuk menjadi pengeluar kereta elektrik di Malaysia
Ho Wah Genting Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Xiamen Chief Electric Vehicle Co Ltd bagi menerokai pengeluaran kenderaan elektrik di Malaysia.
Majlis MoU itu diadakan pada 22 Mac lalu. Syarikat Xiamen Chief Electric Vehicle telah ditubuhkan sekitar tahun 2000.
Syarikat itu menghasilkan kenderaan elektrik, alat ganti untuk bas pelancongan elektrik, kenderaan buggy dan banyak lagi.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ho Wah Genting (HWGB) mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan kereta elektrik dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia tidak lama lagi.
Bagaimanapun, jentera itu yang dikenali sebagai Seiyong S1 telah diperkenalkan di pasaran China pada Disember 2019 dan hatchback keluaran Seiyong Motor ini dikatakan bakal dijual di Malaysia.
Seiyong S1 dilaporkan dilengkapi dengan motor elektrik yang menawarkan 35 kW (47 hp) dan 150 Nm output.
Malah, ia juga ditampikan dengan bateri 31.9 kWh lithium yang mampu bergerak sejauh 302 km dengan satu cas penuh, berdasarkan kitaran NEDC.
Sebaliknya, perincian pengesan bagaimanapun tidak disediakan, namun pengeluar kereta ini mendakwa ia boleh mencapai 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa 40-50 minit melalui pengecas pantas,
Mengulas lanjut mengenai pengecas, pengecas biasa dikatakan boleh mencapai tahap penuh bateri dalam masa 10 jam. Laju maksimum kenderaan ini ialah 110 km/j.
Di China, ia dikenali sebagi Little Bee . Kenderaan comel ini didatangkan dengan tiga varian dimana harganya bermula dari 70,000 to 90,000 Yuan (RM44,300 to RM57,000). Ia menggunakan rim yang bersaiz 15-inci dengan tayar 175/60.
Sementara itu, bagi varian paling rendah, ia hadir dengan dram brek di belakang manakala, varian tertinggi pula menggunakan brek cakera di seluruh kenderaan berkenaan.
Bagi versi paling atas, ia kelihatan diberikan kelengkapan penuh seperti skrin sentuh lapan-inci, sistem kawalan iklim zon tunggal automatik, sistem tanpa kunci dan penghidup Push Start dan lampu utama automatik.
Ketua Pegawai Eksekutif HWGB, Datuk Aaron Lim menyifatkan industri kenderaan elektrik dilihat baru sahaja berkembang.
“Kami yakin Seiyong S1 mampu mengembangkan industri kenderaan elektrik di Malaysia. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kami percaya Seiyong Motor akan menjadi pengeluar utama dalam pasaran industri kenderaan elektrik di peringkat global,” katanya.
Terdahulu, HWG juga telah memeterai MoU dengan syarikat AiTou Venture Capital bagi membawa masuk teknologi IT dan Pelaburan untuk Projek Kenderaan Elektrik.
.Berdasarkan spesifikasi di laman web jenama itu, kereta itu yang mempunya empat tempat duduk hadir dengan ukuran 3,720 mm panjang, 1,640 mm lebar dan 1,494 mm tinggi.
Jarak antara rodanya pula ialah 2,390 mm manakala, beratnya pula sekitar 1,115 kg,.
Hakikatnya, pihak HWG tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kenderaan tersebut termasuk harganya.
Seperti biasa, kita cuma mampu menanti pengumuman rasmi syarikat berkenaan dan apa yang pasti HWG dilihat sangat serius untuk menjadi pengeluar kereta elektrik di Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
