Kemalangan berlaku akibat barang jatuh
Pihak PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mendedahkan sebanyak 776 kes kemalangan berlaku pada tahun lalu akibat barang jatuh daripada kenderaan yang melalui laluan lebuh raya berkenaan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor Nazli Md. Taib berkata, pihak PLUS juga melaporkan sebanyak 19,218 item objek dikutip sepanjang tahun lalu.
“Daripada jumlah tersebut, 46.1 peratus objek adalah serpihan tayar, besi 18.4 peratus, kayu 11.9 peratus dan selebihnya adalah lain-lain objek seperti komponen kenderaan dan bahan plastik,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena ‘Ops Halangan’ di Plaza Tol Bukit Raja, Klang hari ini.
Ops Halangan itu dijalankan pihak JPJ dengan kerjasama PLUS dan polis peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pemilik treler dan lori serta para pemandu, untuk tidak meletakkan bahan-bahan seperti kayu dan besi di bawah badan kenderaan.
Tindakan itu dilihat menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Tambah beliau, rata-rata pemandu lori memberitahu kayu atau besi tersebut telah diikat dengan kemas dan digunakan untuk menahan barang-barang.
“Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pemilik treler meletakkan bahan-bahan yang tidak dibenarkan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH6548
SELANGOR
BSF7829
JOHOR
JYC2964
PULAU PINANG
PRR8780
PERAK
ANX1608
PAHANG
CFC3509
KEDAH
KGB1670
NEGERI SEMBILAN
NEG3441
KOTA KINABALU
SJL4690
KUCHING
QAB5815L
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Lebih 2 Juta Kenderaan Guna Lebuharaya PLUS Mula Hari Ini
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah kenderaan di rangkaian lebuh rayanya dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
04-04-2025
Bas Terbalik, Nasib Baik 20 Penumpang Selamat!
Sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hulu Selangor kelmarin.
06-12-2024
Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda, Kalau Tak Nak Sangkut Jam
Tidak mahu lebuh raya sesak, semua kerja penyelenggaraan jalan dihentikan.
06-06-2024
1 Maut, Nahas 3 Kereta
Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam tadi.
30-05-2024
Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam
Kerajaan telah menerima cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Renggam hingga ke Ayer Hitam.
01-04-2024
Elak Guna PLUS Pada Waktu Puncak
PLUS sesak bermula pukul 5-6 petang sempena bulan Ramadan ini.
09-03-2024
Berita Terkini
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian
Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.
26-06-2025
Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal
Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan.
26-06-2025
Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.
26-06-2025
Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya
Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya.
25-06-2025
WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini
WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .
25-06-2025
Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan
Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .
25-06-2025
MOT Dedah Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan Dan Bas Ekspres Paling Banyak Saman
Kementerian Pengangkutan mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan.
25-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat