Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial. Kereta sport ini dilihat sedang diturunkan daripada sebuah lori pengangkut kenderaan di North Paddock, Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC).
Kenapa Toyota GR86?

Model ini digunakan bukan untuk penguatkuasaan di luar, tetapi sebagai kenderaan keselamatan rasmi bagi acara perlumbaan besar-besaran baharu, GR86 Cup Malaysia, di Super GT Malaysia 2025 yang menggegarkan litar minggu in. Jentera dengan logo JPJ ini bakal dipandu oleh pelumba berpengalaman tempatan, Faidzal Alang, yang mengesahkan peranannya dalam satu kenyataan di Facebook.
Yang lebih menarik, JPJ dan PLUS Malaysia menjadi penaja rasmi siri ini, satu peranan yang jarang dilihat daripada badan penguatkuasaan dalam arena sukan permotoran.
Spesifikasi Kereta Keselamatan GR86 Cup


Kereta keselamatan ini adalah sama seperti kereta lumba GR86 Cup yang bertanding dalam siri tersebut. Ia diimport terus dari Jepun dan dijual secara eksklusif oleh Haro Sports pada harga RM208,315, termasuk cukai jualan dan permit sukan permotoran (AP Motorsports). Namun, kereta ini tidak sah digunakan di jalan raya.

Hanya 30 unit ditawarkan secara eksklusif kepada pembeli terawal. Sebagai perbandingan, model GR86 biasa yang dijual oleh UMW Toyota Motor bermula daripada harga RM295,000 (manual) dan RM305,000 (automatik).
Baca: Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?
Di bawah hud, GR86 Cup menggunakan enjin 2.4 liter empat silinder aspirasi natural yang sama, tetapi dengan pemetaan pedal pendikit (throttle) yang diubah suai dan ekzos prestasi Fujitsubo. Kuasa yang dihasilkan ialah 228 hp dan tork 250 Nm. Transmisi manual enam kelajuan kekal sama, tetapi diperbaharui dengan klac sporty Cusco dan sistem penyejuk transmisi. Diferensial Torsen membantu mengawal cengkaman roda belakang.
Pengendalian dipertingkatkan dengan suspensi KW Racing, penyerap hentak TRD dan stereng kuasa elektrik yang diberikan talaan semula. Sistem brek pula menggunakan kaliper empat piston monoblok Advics di hadapan dan dua piston di belakang. Kereta ini menggunakan rim aloi tempaan Raxer RP10X 17 inci dengan tayar Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17.


Bahagian dalam kabin dipasang dengan peralatan keselamatan perlumbaan termasuk sangkar keselamatan yang disahkan JAF, tempat duduk bucket Bride ZETA dengan tali pinggang enam titik dan sistem pemadam api. Berat keseluruhan kereta bersama pemandu sekitar 1,290 kg, mematuhi peraturan MTCC TP2 2025.
Ingin memeriahkan hujung minggu ini? Tiket untuk acara Super GT Malaysia 2025 yang berlangsung bermula hari ini, 26 hingga 28 Jun nanti, boleh dibeli melalui laman web rasmi Super GT Malaysia pada harga bermula dari RM100.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

