Kilang Kereta Mewah Jerman Bakal Dibuka Di Kedah – Kemungkinan Kilang Porsche
Malaysia kini mula menjadi destinasi tumpuan pelaburan berteknologi tinggi. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa sebuah kilang kereta berjenama mewah akan dibuka di Malaysia dalam masa yang terdekat.

Namun begitu, nama jenama kereta tersebut tidak lagi didedahkan tetapi mengatakan bahawa syarikat berkenaan telah pun bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara dan telah memilih Malaysia.
“Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia," katanya ketika ditemui di Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor Jumaat lalu, dilaporkan Bernama.
“Ada dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mereka mampu menarik pelaburan yang berbentuk intensif buruh tetapi Malaysia tidak boleh berbuat begitu. Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan.
Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan," tambahnya.

Pada bulan lalu, The Edge pernah melaporkan bahawa syarikat Porsche akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, syarikat subsidiari di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd bagi mendirikan kilang pemasangan kereta di Kulim. Tidak lama kemudian menyusul sebuah artikel daripada Maybank Investment Banck Research yang mendedahkan perancangan Porsche untuk memasang SUV Macan dan Cayenne di negara ini.
Namun begitu, model-model sport seperti Boxster, Cayman dan 911 tidak akan dipasang di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3976
SELANGOR
BST1768
JOHOR
JC9648J
PULAU PINANG
PSE9843
PERAK
APK9028
PAHANG
CFH5280
KEDAH
KGH6927
NEGERI SEMBILAN
NEL5479
KOTA KINABALU
SJT6608
KUCHING
QAB4432P
Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
