- Berita
- Berita Auto
- Sabine Schmitz, Bekas Pelumba & Pengacara Top Gear Meninggal Dunia Pada Usia 51 Tahun
Sabine Schmitz, Bekas Pelumba & Pengacara Top Gear Meninggal Dunia Pada Usia 51 Tahun
Dikenali sebagai “Queen of the Nürburgring,” pelumba litar Jerman dan juga pengacara rancangan Top Gear, Sabine Schmitz telah meninggal dunia ketika berusia 51 tahun.
![]()
Dilaporkan, mendiang meninggal dunia setelah bertaruh dengan kanser selama tiga tahun. Beliau memberitahu tentang penyakit kansernya yang telah dikesan pada tahun 2017 kepada orang ramai menerusi laman sosial Facebook pada bulan Julai tahun lepas.
Schmitz merupakan satu-satunya wanita yang berjaya memenangi perlumbaan Nürburgring 24 Hours iaitu perlumbaan 14 batu di Jerman yang dikatakan litar paling mencabar di dunia. Beliau berjaya memenangi perlumbaan itu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan juga 1997 menggunakan kereta BME M3. Beliau juga dianggarkan telah memandu di sekitar litar tersebut lebih daripada 20,000 kali.
"Nürburgring telah kehilangan pelumba wanita yang paling dikenali ramai," ujar wakil litar Nürburgring menerusi perkongsian yang dibuat di Twitter.
Tahun demi tahun, Schmitz mendapat pujian selepas penampilannya pada tahun 2004 dalam rancangan Top Gear sebelum beliau dipilih sebagai pengacara siri tersebut pada tahun 2016 bersama-sama dengan Chris Evans.
"Dia memberikan saya teknik bagaimana untuk memandu Ferrari dengan laju dan dia juga telah memburu saya dalam satu perlumbaan banger," kata pengacara Top Gear yang terkini, Paddy McGuinness.
BBC memaklumkan bahawa Schmitz akan ditampilkan dalam episod akan datang.
"Sabine merupakan seorang yang beraura positif, sentiasa tersenyum walau sebesar mana pun masalah perlu ditempuhi, beliau juga adalah sumber kekuatan bagi pelumba wanita dalam dunia permotoran," ujar penerbit eksekutif, Clare Pizey.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9309
SELANGOR
BST4692
JOHOR
JD6431J
PULAU PINANG
PSF3439
PERAK
APL2659
PAHANG
CFH6327
KEDAH
KGH8760
NEGERI SEMBILAN
NEL7039
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat