Tiga maut selepas sebuah kren launcher terjatuh di tapak pembinaan ,SUKE
Tiga orang maut manakala, seorang rakyat tempatan cedera selepas komponen kren ‘launcher’ terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi dan setakat ini, dilaporkan empat mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) berkata, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah pekerja pembinaan warga China.
“Seorang yang cedera itu pula merupakan pengguna jalan raya. Setakat ini, difahamkan kejadian itu berlaku selepas salah satu daripada komponen kren 'launcher' terjatuh.
“Oleh itu, pasukan tindak balas kecemasan SUKE dan pihak bomba telah menutup laluan berkenaan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
Terdahulu, media melaporkan dua pekerja pembinaan disahkan maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah kren 'launcher' yang digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai, jatuh lalu menghempap sebuah kereta Perodua Bezza.
Beberapa gambar yang tersebar di laman perkongsian video, YouTube menunjukkan sebatang besi panjang yang menghempap di tengah-tengah kereta itu menyebabkan ia remuk teruk di bahagian hadapan.
Pada 3 Mac lalu, dua pekerja kilang wanita maut apabila van yang dinaiki mereka dihempap perancah besi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)..
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4754
SELANGOR
BSV2914
JOHOR
JH7593J
PULAU PINANG
PSH5414
PERAK
APN2099
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9084
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

