ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiga maut selepas sebuah kren launcher terjatuh di tapak pembinaan ,SUKE

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tiga orang maut manakala, seorang rakyat tempatan cedera selepas komponen kren ‘launcher’ terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras pagi tadi.


Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi dan setakat ini, dilaporkan empat mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) berkata, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah pekerja pembinaan warga China.

 “Seorang yang cedera itu pula merupakan pengguna jalan raya. Setakat ini, difahamkan kejadian itu berlaku selepas  salah satu daripada komponen kren 'launcher' terjatuh. 

“Oleh itu, pasukan tindak balas kecemasan SUKE dan pihak bomba telah menutup laluan berkenaan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, media melaporkan dua pekerja pembinaan disahkan maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah kren 'launcher' yang  digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai, jatuh lalu menghempap sebuah kereta Perodua Bezza.

Beberapa gambar yang tersebar di laman perkongsian video, YouTube menunjukkan sebatang besi panjang yang menghempap di tengah-tengah kereta itu menyebabkan ia remuk teruk di bahagian hadapan.

Pada 3 Mac lalu, dua pekerja kilang wanita maut apabila van yang dinaiki mereka dihempap perancah besi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)..


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD7483

SELANGOR

BSR1733

JOHOR

JYB4026

PULAU PINANG

PSD3448

PERAK

APJ4287

PAHANG

CFG8765

KEDAH

KGG6718

NEGERI SEMBILAN

NEK7431

KOTA KINABALU

SJS5804

KUCHING

QAB644P

Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.