VW Kombi akan Dilengkapi Teknologi Pandu-Kendiri
Volkswagen ID.Buzz atau lebih dikenali sebagai VW Kombi bakal diperbaharui dan ditambah baik dengan teknologi canggih.
Model VW Kombi yang digabungkan dengan teknologi ini akan dapat dilihat berada di atas jalan raya pada tahun 2025 menjadikannya kenderaan pertama keluaran Volkswagen Group yang menampilkan sistem pandu-kendiri.

Volkswagen telah merancang untuk melancarkan kenderaan komersial VW Kombi ini di Eropah. Ia bakal diperkenalkan dengan sistem pandu-kendiri untuk kegunaan trafik sebagai robotaxi dan van penghantaran autonomi.
VW Kombi menggabungkan seni reka bentuk kenderaan elektrik asli yang digelar Modular Electric Drive Matrix (MEB). Seni reka ini adalah yang sama telah digunakan untuk model hatch Volkswagen ID.3 dan crossover Volkswagen ID.4.
![]()
Volkswagen Commercial Vehicles menjelaskan penghasilan ID.Buzz banyak diilhamkan daripada reka bentuk konsep yang didedahkan pada tahun 2018. Konsep ID.Buzz pada tahun itu memiliki jarak antara roda yang lebih panjang, lengkap dengan pintu belakang dan juga memiliki rekaan kabin dalaman baharu.
Sebuah syarikat baharu yang dikenali sebagai Argo AI, merupakan entiti yang bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi pandu-kendiri yang bakal dipasangkan pada varian komersial VW Kombi. 
Sebanyak US$ 1 bilion (RM 4.06 bilion) pelaburan dibuat oleh Volkswagen ke atas syarikat tersebut yang membawa kepada pembentukan divisyen Pemanduan Pintar Autonomi di syarikat Argo AI.
Walaupun varian pandu-kendiri tidak akan berada di pasaran dalam masa yang terdekat ini, namun versi yang boleh dipandu seperti biasa bagi ID.Buzz atau VW Kombi bakal dikeluarkan pada tahun 2022 nanti.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7941
SELANGOR
BSU9400
JOHOR
JH1945J
PULAU PINANG
PSH3144
PERAK
APM8047
PAHANG
CFJ3722
KEDAH
KGJ7529
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1135
KUCHING
QAB9670P
Terakhir Kemas Kini 08 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



