Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!
Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK 2021 daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).

Kenderaan ini berada pada kedudukan kelapan dan kesembilan dalam 2021 Top Safety Pick (TSP) atau Top Safety Pick Plus (TSP+). Sebelum ini, sebanyak tujuh model kereta di bawah Hyundai menerima kedudukan tinggi dalam penilaian TSP dan dua model kereta dalam penilaian TSP+. Turut didedahkan, kesemua model kereta SUV di bawah syarikat ini telah menerima penarafan TSP dan TSP+.
Buat masa ini, Hyundai berada pada tempat ketiga untuk gabungan kesemua kenderaan dengan TSP+ dan TSP yang tertinggi dalam industri bagi model kereta yang didatangkan dengan lampu depan LED dan penghalang kemalangan depan tambahan.
"Penilaian yang tinggi ini membuktikan komitmen kami terhadap tahap keselamatan," ujar Brian Latouf, Ketua Pegawai Keselamatan Hyundai Motor North America. "Menjadi peneraju industri dalam penerimaan anugerah keselamatan dan IIHS adalah penting bagi jenama kami, dan kami sentiasa berusaha untuk memberikan tahap keselamatan penumpang yang cemerlang kepada pelanggan."

Untuk membuatkan kenderaan kami layak menerima TSP, penarafan yang baik perlu diterima dalam kesemua aspek penilaian tahan langgar IIHS. Penilaian ini adalah membabitkan ujian pelanggaran hadapan dan tepi, kekukuhan bumbung serta ketahanan pada bahagian kepala dan kerusi.
Bukan itu sahaja, kereta juga perlu menerima penarafan tinggi bagi sistem pencegahan pelanggaran hadapan dalam ujian kenderaan-dengan-kenderaan dan kenderaan-dengan-pejalan kaki serta mendapat keputusan yang baik/agak baik untuk tahap keselamatan lampu depan. Walau bagaimanapun, untuk mendapat anugerah TSP+, lampu hadapan yang baik/agak baik perlulah didatangkan secara standard untuk kesemua model.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu
Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.
11-05-2021
Hyundai Akan Dedahkan Strategi Teknologi Hidrogen 7 September Ini
Acara dalam talian ini akan diadakan secara langsung pada 7 September.
30-08-2021
Bahagian Mobiliti Udara Bandar Bangunkan Operasi AAM
Bahagian Mobiliti Udara Bandar Hyundai Motor Group mengakui pihaknya telah memeterai satu usaha sama dengan ANRA Technologies.
18-08-2021
Hyundai Mahu Tumpu Pada Kereta Elektrifikasi Sahaja!
Pada masa kini, tidaklah menjadi satu kejutan besar memandangkan hampir setiap pengeluar kenderaan di seluruh dunia mengorak langkah ke hadapan dengan membangunkan kenderaan elektrik.
29-06-2021
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat