Ia tampil dengan lebih bergaya dan sporty
Hari ini negara sekali lagi menyaksikan pelancaran model baharu keluaran syarikat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Triton Athlete sekitar pukul 10 pagi tadi.
Triton Athlete yang merupakan model flagship selain varian tertinggi bagi barisan trak pikap dikatakan bakal menggantikan varian Triton Adventure X.
![]()
Menyentuh mengenai harga model baharu ini, ia dijual pada harga RM141, 500 di Semenanjung Malaysia, RM144,500 di Langkawi, RM143,500 (Sabah), RM143, 550 (Sarawak) dan RM135,278 (Labuan).
Bagi harga untuk varian pula, ia yang didatangkan dengan enam varian dijual pada harga yang berbeza namun bergantung kepada spesifikasi varian berkenaan.
Selain varian Triton Athlete yang dijual pada harga RM141,500, Triton AT Premium (RM121,000), Triton MT Premium (RM 113,300), Triton AT (RM 105,990), Triton MT (RM100,200), Triton Quest (RM 79,890).

Dari segi warnanya, ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Sun Flare Orange Pearl, White Diamond dan Jet-Black Mica.
Malah, kesemua model baharu ini hadir dengan aksesori tambahan untuk dipadankan dengan penampilannya yang lebih bergaya dan tahan lasak.
Menjengah bahagian hadapan trak pikap ini, ia tampil dengan pakej estetik yang lebih mengancam apabila wajah bahagian hadapannya, ditingkatkan dengan kemasan hitam berkilauan.
Tidak terkecuali, ia dipadankan dengan konsep reka bentuk Dynamic Shield sekali gus menyaksikan penggabungan gril radiator berwarna hitam bersama pelekat hiasan sisi badan, Athlete yang lebih menonjol dan agresif.

Sementara itu, bahagian sekeliling jentera ini, kita dapat lihat bahagian luaran Triton hadir dengan tema berwarna hitam.
Tema warna hitam ini boleh dilihat di bahagian cermin sisi, pemegang pintu, pemesong angin tingkap, rim aloi bersaiz 18 inci termasuk pemijak tepi.
Beralih kepada bahagian dalaman, Triton Athlete datang dengan kemasan jahitan warna oran pada balutan sterengnya, tombol gear serta tuil brek tangan, manakala alas pintunya pula datang dengan pencahayaan LED.
Selain itu, Triton Athlete ini juga dilengkapi dengan peredaran udara di bahagian belakang yang bertaraf kelas pertama.
Bercakap mengenai sistem infotainmen audio, ia hadir skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Ready.
Bahagian prestasi pula, Triton Athlete dikuasai dengan enjin 2.4 liter MIVEC diesel turbo dengan teknologi Injap Pembolehubah masa.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 181 PS dan tork 430Nm.
Seperti biasa, ia juga hadir dengan ciri keselamatan seperti Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Penukaran Laluan (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik (UMS), bantuan, Suluhan Tinggi Automatik (AHB) dan tujuh beg udara SRS.
Ia juga dilengkapi dengan ciri pemantauan keliling (ARM), rakaman video pemanduan (DVR). Pemanduan dinamik itu juga menawarkan kawalan yang sangat baik memandangkan ia hadir dengan Super Select WWD II dengan mod off-road.
Ia bertujuan untuk memberi daya tarikan optimum dan pengendalian kenderaan itu bagi mana-mana kawasan.
Triton Athlete ini juga hadir dengan Kawalan Turun Bukit dimana ia mampu mengawal kelajuan kenderaan secara elektronik semasa berada dalam mod turun.
Semua harga yang disebut itu tidak termasuk insurans dan ia memberi jaminan selama lima tahun atau perjalanan 200,000 kilometer (yang mana lebih dahulu).
Sehubungan itu, untuk sebarang tempahan, para pelanggan boleh mengikuti Bilik Pameran Mitsubishi secara dalam talian atau layari laman web https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1753
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4662
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8493
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8148
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 21 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept
Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.
11-03-2022
Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia
Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.
10-01-2022
Xpander : Pamer Ciri Terbaharu
MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.
17-12-2021
Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara
Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.
09-11-2021
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat