ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Dedahkan Imej Pertama EV6 & Falsafah Di Sebalik Rekaannya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Corporation baru-baru ini telah mendedahkan imej pertama reka bentuk luaran dan dalaman EV6, kereta elektrik bateri (BEV) pertama Kia.  

Model baharu ini telah direka berdasarkan falsafah reka bentuk baharu Kia iaitu 'Opposites United' yang diinspirasikan daripada perbandingan antara alam semula jadi dan juga manusia.  Identiti visual baharu ini merupakan paksi kepada falsafah reka bentuk ini, membangkitkan aura positif dan natural melalui kombinasi elemen dan bentuk yang kontra. 

BEV pertama Kia ini menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada rekaan kereta crossover yang tersendiri yang juga berdasarkan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) baharu Kia. 

"EV6, sebagai EV khusus yang pertama Kia, merupakan wadah untuk sebuah reka bentuk yang berpusatkan manusia dan reka bentuk yang progresif serta kuasa yang dielektrikkan. Kami benar-benar percaya bahawa EV6 adalah sebuah model yang menarik dan relevan untuk pasaran EV," ujar Karim Habib, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Reka Bentuk Global. 

"Dengan EV6, kami menyasarkan untuk menghasilkan sesuatu yang unik, reka bentuk yang mendatangkan impak dengan menggunakan kombinasi ciri sofistikated, teknologi tinggi yang tulen pada kadar yang tinggi, dalam masa yang sama, menawarkan ruang yang unik sebagai EV yang futuristik," sambungnya lagi. 

Falsafah reka bentuk Opposites United adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama rekaan: 'Bold for Nature,' 'Joy for Reason,' 'Power to Progress,' ‘Technology for Life’, dan ‘Tension for Serenity’.



Bahagian luar badan EV6 adalah gambaran yang jelas kepada prinsip 'Power to Progress' atau kuasa untuk maju.  Model ini adalah kombinasi kemahiran dan kepakaran yang terkumpul saban tahun, dengan penumpuan kepada penampilan yang anggun dan moden.  EV6 mengutamakan kedinamikan dengan menampilkan ciri-ciri yang dapat membangkitkan semangat Kia.  


Mengenai ruang dalaman kereta, rekaannya adalah berdasarkan platform khas Kia iaitu E-GMP yang menawarkan ruang yang lebih, berbeza daripada model EV Kia sebelum ini yang berlandaskan seni binaan model sedia ada. 

EV6 adalah hasil usahasama antara tiga studio di bawah rangkaian Kia yang terletak di Namyang (Korea), Frankfurt (Germany), dan Irvine (California, United States). 

Model akan datang bakal ditampilkan dalam acara dalam talian bulan ini. Nantikan info terbaharu tentang EV6 di CariCarz!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

16-04-2025
Global

07-01-2025
Global

25-10-2024
Global

17-10-2024
Berita Auto

Pameran Interaktif Teknologi Inovatif EV, Kia360 Kini Dibuka Di Korea

Kia Corporation baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan semula pameran awam pertama, Kia360 di selatan Seoul, Korea.

07-09-2021
Berita Auto

Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi

Kia Corporation nampaknya mengikut jejak Porsche apabila membuat keputusan untuk menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa bagi mengiklankan jenama baharu syarikat itu.

14-06-2021
Berita Auto

18-03-2021
Berita Auto

17-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.