- Berita
- Berita Auto
- Pemandu Bentley Bernasib Baik Kerana Terselamat Selepas Kereta Mewah Yang Dinaikinya Terbabas.
Pemandu Bentley Bernasib Baik Kerana Terselamat Selepas Kereta Mewah Yang Dinaikinya Terbabas.
Seorang lelaki bernasib baik kerana terselamat selepas kereta mewah jenis Bentley Continental yang dinaikinya terbabas di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), Seremban semalam.
Beberapa gambar yang tersebar meluas di Facebook menunjukkan roda belakang Bentley dua pintu itu tercabut keluar manakala bahagian sisi pintu pemandunya kemek teruk.
Pemandu Bentley yang berusia 37 tahun itu yang dalam perjalanan dari Johor menghala ke Taiping, Perak dipercayai hilang kawalan menyebabkan dia melanggar besi penghadang kanan jalan.
Kemalangan itu menyebabkan kenderaan mewah itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah pacuan empat roda, Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 54 tahun.
“Pertembungan ini juga menyebabkan Hilux itu turut hilang kawalan dan terus melanggar sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan barang kargo,” kata Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman.
Bagaimanapun, pemandu Bentley dan Hilux bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan manakala, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan hasil siasatan masih diteruskan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL3596
SELANGOR
BSS7943
JOHOR
JC4920J
PULAU PINANG
PSE7415
PERAK
APK7015
PAHANG
CFH4643
KEDAH
KGH5744
NEGERI SEMBILAN
NEL4583
KOTA KINABALU
SJT5618
KUCHING
QAB4094P
Terakhir Kemas Kini 18 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat
PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.
17-08-2026
Berapa Tiket Harga Tiket Madani?
Khabar Gembira Peminat F1: PM Umum Tiket Madani Serendah RM200.
17-08-2026
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

