ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2021 Akhirnya Melanggar Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

D-Max akhirnya muncul dalam pasaran Malaysia sekali gus memberikan tanda aras baharu jenama dalam segmen trak pikap.

Isuzu Malaysia menawarkan D-Max dalam tujuh varian iaitu .9L 4×4 MT Single Cab,  3.0L 4×4 MT Single Cab, 1.9L 4×4 MT Standard, 1.9L 4×4 AT Standard, 1.9L 4×4 AT Premium,  3.0L 4×4 AT Premium dan varian tertinggi 3.0L 4×4 AT X-Terrain.

Harga untuk trak pikap yang telah dikemaskini ini bermula dari RM 88,599, RM95, 538, RM 99,599, RM 106,999, RM 121,549, RM 128,038 dan RM 141,938.


Pertama sekali, mari kita menyaksikan secara keseluruhan ciri trak pikap yang telah diperbaharui untuk tahun ini.

Ia yang  dibina di atas Dynamic Drive, menyebabkan trak pikap ini  menawarkan ketahanan struktur yang teguh, memberi perlindungan ketika berlakunya kemalangan selain  keseimbangan dalam pemanduan.

Kali ini, tahap kebisingan, getaran, dan kekerasan juga telah dikurangkSelain itu, ketinggian meredah banjir juga telah telah ditingkatkan iaitu dari 600 mm ke 800mm.

Bercerita lanjut mengenai jentera ini, penambahbaikan trak tersebut termasuk peningkatan jarak roda kepada 30mm, ruang bahu di belakang juga kelihatan ditingkatkan kepada 20mm.

Pada masa sama, ruang sudut tempat duduk belakang juga telah ditingkatkan kepada 24 darjah.


Menyentuh mengenai rekaannya, ia yang bercirikan lebih kepada bentuk V juga telah ditingkatkan kepada aerodinamik, penutup bawah badan yang lebih besar untuk mengurangkan pergerakan.

Ia juga hadir dengan dindin kargo yang lebih tinggi dimana ruang kargonya telah distruktur semula.

Bercakap mengenai keupayaannya di luar jalan, bahagian hadapannya dilindungi dengan plat skid setebal 1.5 mm dengan tambahan pelindung keluli 6mm bagi melindungi kerangka jentera ini ketika mengharungi laluan yang mencabar.

Dari segi prestasinya, ia menggunakan dua pemacu enjin.

 Bagi kedua-dua varian Standard ini, ia menggunakan unit RZ4E-TC 1.9 liter common-rail empat-silinder diesel y dengan geometri turbo pembolehubah sekali gus dapat menghamburkan kuasa 150 PS dan tork 350Nm.

Bagi pemacu enjin yang kedua, ia menggunakan 4JJ3 3.0 liter enjin yang dipadankan ke dalam dua varian Single Cab, dua varian Premium dan X-Terrain.

Ini menjadikan varian-varian berkenaan mampu menghasilkan 190 PS dan tork 450 Nm.

Malah, ia dipadankan dengan dua transmisi baharu iaitu enam kelajuan yang telah diperbaharui  dan enam kelajuan transmisi automatik.

Jentera ini turut dipasang dengan pemilih pacuan 4x4 bagi melancarkan penukaran gear.

Sementara itu,   varian paling asas bermula dengan 1.9L dan 3.0L 4x4 Single Cab.

Ia hadir dengan lampu hadapan jenis reflector halogen dengan lampu jenis bulb bagi lampu nyalaan siang, bampar hadapan, perumah cermin sisi (larasan elektrik), rim aloi bersaiz 16 inci, lampu belakang analog dan  head unit 1-DIN dengan USB.

Mengenai aspek keselamatan trak pikap ini dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD, Bantuan Mula Mendaki, sistem kawalan cengkaman dan peringatan pemakaian tali pinggang.

Bagi warna luarannya, ia cuma ditawarkan warna solid Splash White hue manakala, jika memerlukan pelapik ruang barangan, anda boleh menambah sebanyak  RM950, sementara sport bar pula dengan kos RM1,320.

Sekarang kita beralih kepada 1.9L 4x4 MT Standard.

Ia hadir dengan bampar hadapan yang telah dicat dan terdapat cermin sisi. Lampu kabusnya merupakan lampu halogen dan memiliki  rim aloi 17-inci dengan tayar 255/65

Bagi kedua-dua varian Twin Cab, ia hadir dengan kluster instrumen paparan pelbagai info bersaiz 4.2 inci, stereng uretana pelbagai fungsi, tempat duduk jenis fabrik WOVEN, 2-Din head unit dengan Bluetooth, enam pembesar suara, pendingin hawa belakang dan dua pengecas port USB.

Bagi varian 1.9L 4x4 AT Standard, ia hadir dengan lampu hadapan bi-LED dengan nyalaan siang hari LED.

Pilihan warna pula, MT Standard hadir dengan warna Splash White, Mercury Silver dan Onyx Black.

Bagi varian AT Standard, ia ditambahkan dengan warna pilihan Valencia Orange dan Sapphire Blue sekali gus menjadikan ia hadir dengan lima warna.

Menyentuh mengenai 1.9L 4x4 AT Premium pula ia hadir dengan lampu hadapan jenis bi-LED projektor automatik, lampu kabus belakang dan hadapan LED, kombinasi lampu belakang LED  perumah cermin sisi krom dengan fungsi lipat automatik, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60 All-Terrain,

Di dalamnya pula,  ia dilengkapi dengan stereng multi-fungsi balutan kulit dan skrin sentuh tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto dan fungsi Wifi.

Berbeza dengan model sebelum ini, ia hadir dengan lapan pembesar suara manakala, pelapis tempat duduk diliputi dengan fabrik jenis kulit berwarna hitam.

Seluruh panelnya pula dihiasi dengan kemasan kulit dan krom satin


Antara kemudahan lain termasuk cermin pandang belakang elektrokromik serta sistem kawalan pendingin dua zon, sistem tanpa kunci, lampu selamat datang, kamera undur dan sistem bantuan pintu barangan belakang (tailgate).

Bagaimanapun, bagi aspek pemanduan yang selamat, ia hadir dengan kawalan pelayar pasif, amaran lintasan trafik belakang, dan dua beg udara di hadapan.

Pilihan warnanya pula kekal lima warna yang sama seperti 1.9L 4×4 AT Premium, tetapi warna Splash White diganti dengan Silky White Pearl yang lebih premium.

Menyentuh mengenai 3.0L 4×4 Premium  AT Premium, varian ini  memiliki kapasiti enjin serta kerusi pemandu dengan larasan manual enam-hala..

Varian paling tinggi yang baru diperkenalkan pula ialah 3.0L 4×4 AT X-Terrain. Ia hadir dengan cermin hadapan yang khas dimana ia mampu mengurangkan penembusan  cahaya infra-merah,, bilah pengilap aerofoil premium dengan pencuci bersepadu, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60 All-Terrain serta penghidup enjin jarak jauh.

Menjengah bahagian dalamannya, pelapiknya dibalut dengan kulit berwarna perang dan dipadankan dengan kemasan warna tona gelap bagi melengkapkan suasana kabinya.

Biarpun, varian lain hadir dengan pelbagai warna namun X-Terrain hanya mempunyai dua warna iaitu Valencia Orange dan Sapphire Blue. 

Di dalam varian ini, larasan elektrik lapan-hala dengan sokongan lumbar dipadankan dengan  larasan stereng untuk pemandu.

Ia juga dipadankan dengan paparan skrin sentuh sembilan-inci.

Menyentuh mengenai aspek keselamatannya, varian tertinggi ini hadir dengan tujuh beg udara selain dilengkapi dengan amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan, kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi Stop/Go, lampu tinggi automatik, amaran menukar lorong dan penghindaran salah operasi pedal.

Setiap pembelian Isuzu D-Max didatangkan dengan lima tahun jaminan atau 150,000 kilometer. Ia sah untuk semua enam varian yang disebutkan tadi.

Bagaimanapun, bagi varian tertinggi 3.0L 4x4 AT X Terrain mendapat jaminan tujuh tahun selain tiada had untuk perbatuan.

perbatuan yang tiada had.

Secara keseluruhannya, sejak pelancaran jentera ini pada tahun 2019, ia berjaya mengumpulkan sejumlah peminatnya sekali gus menggemparkan segmen trak pickup ini dalam setiap pasaran sebelum ia akhirnya muncul dalam pasaran Malaysia.

Namun, tidak hairan bahawa D-Max yang telah ditingkatkan ini juga akan melakukan perkara yang sama.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6739

SELANGOR

BSU9187

JOHOR

JH1538J

PULAU PINANG

PSH2904

PERAK

APM7874

PAHANG

CFJ3646

KEDAH

KGJ7448

NEGERI SEMBILAN

NEM5397

KOTA KINABALU

SJV1032

KUCHING

QAB9625P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-11-2025
EV

01-05-2025
Berita Auto

29-04-2025
Global

22-11-2024
Berita Auto

05-08-2024
Global

13-06-2024
Kereta Baru

14-05-2024
Kereta Baru

17-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.