Pemandu Kancil Buruk Tersadai Tengah Jalan Ditahan – Ini Pemandunya...
Sebuah kereta Kancil buruk yang tidak ubah seperti sebuah kereta yang sudah boleh dilupuskan baru-baru ini tular di media sosial selepas perkongsian yang dibuat di TikTok. Kenderaan berwarna kuning ini ditemui di jalan sekitar Kepong dalam keadaan berbahaya tanpa bumbung.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkongsi dalam Facebook bahawa beliau telah melaporkan kes ini kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.
“Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta. Kalau dibiarkan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu. Trafik di Kepong pula sentiasa sibuk,” katanya.
Rentetan daripada isu ini, Pegawai Turus Penguatkuasa Jabatan SIiasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang diketuai oleh YDH DSP Mohd Fadzli Mohd Yatim telah membuat pemeriksaan ke atas kenderaan ini.

Hasil siasatan mendapati kereta ini tidak memiliki cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanannya juga sudah pecah. Pihak berkuasa bertindak menyita kereta tersebut berdasarkan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. Pemandu tersebut turut dikenakan saman.
Kalau anda masih ingat, kisah pemandu kereta Kancil buruk ini pernah viral pada tahun 2019 kerana ramai rakyat Malaysia yang bertembung dengannya akan berkongsi gambar atau video. Pada waktu itu, pemandu yang sama menggunakan Kancil berwarna hijau.

Berdasarkan liputan yang pernah dibuat oleh mStar, pemandu adalah seorang lelaki berusia 40-an yang memiliki dikatakan memiliki penyakit mental. Menurut mekanik yang mengenali bapa kepada lelaki tersebut, pemandu Kancil ini pernah belajar di Singapura dan fasih menggunakan bahasa Inggeris.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge