ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga Tembusi Pasaran Pakistan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Holdings Bhd (Proton) menambah pasaran antarabangsa apabila membuat kemunculan sulungnya sempena pasaran antarabangsa yang kelapan di Pakistan pada awal bulan ini.

Susulan itu, Proton Saga yang mula diedarkan sekitar tahun 2019 kini didapati di Pakistan termasuk di tujuh negara lain.


Antaranya, Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius dan Nepal. Bagaimanapun, Proton Saga yang dijual di Pakistan hanya didapati dalam tiga varian iaitu Saga MT, Saga AT  dan Saga Ace AT. Malah, 100 unit tambahan Saga R3 Edisi Terhad turut ditawarkan dengan pilihan transmisi MT dan AT.


Pelancaran secara dalam talian itu dirasmikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.

Dalam ucapan beliau, Ikram berharap operasi Proton di Pakistan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Saga merupakan model kedua yang ditawarkan di Pakistan selepas pelancaran X70 sekitar Disember pada tahun lalu.


Kesemua kenderaan dilengkapi dengan unit pasang siap dari Malaysia tetapi syarikat rakan kongsi Proton, Al-Haj Autopmotive akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang baharunya di Karachi pada suku ketiga tahun ini.

Dengan kapasiti dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang itu mampu meningkatkan jualan Proton dengan cepat dalam pasaran yang berpotensi untuk berkembang pesat di Pakistan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Afridi yakin bahawa pelanggan di Pakistan akan berminat dengan jenama Proton.

“Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjayakan Proton Saga di negara ini dengan serta-merta. Kereta ini pasti menonjol kerana kebolehpercayaan, ketahanan dan nilai berbaloi dengan harga,” katanya selepas majlis pelancaran itu.

Beralih kepada suku kedua tahun, Proton berhasrat untuk meningkatkan kehadiran pasaran antarabangsanya iaitu seiring dengan matlamat jangka panjangnya.

Proton X70 dan X50 akan turut dieksport bersama Saga, dengan tujuan mewujudkan rangkaian kenderaan itu di luar negara.

“Eksport merupakan tunjang utama untuk Proton dan ia akan menyumbang peningkatan peratusan dalam jumlah jualan kami dalam beberapa tahun akan datang.

“Selain menonjolkan ciri-ciri produk , kami juga berhasrat untuk menitikberatkan soal reputasi kualiti tinggi  dalam sektor pembuatan kereta Malaysia sekali gus ia akan memberi kepercayaan kepada produk kami.

“Selain menerokai peluang baharu pada tahun ini, kami  menembusi semula pasaran ASEAN seperti Thailand dan Indonesia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah. 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
EV

01-02-2023
EV

19-01-2023
EV

16-01-2023
Teknologi

05-01-2023
Berita Auto

13-12-2022
EV

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.