- Berita
- Berita Auto
- Karpet Daripada Pukat Yang Dikitar Semula! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kereta BMW Baharu
Karpet Daripada Pukat Yang Dikitar Semula! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kereta BMW Baharu
BMW Group membuka buku baharu melalui model BMW iX baharu mereka dengan menggabungkan kedua-dua pendekatan iaitu usaha ke arah sifar emisi dan juga untuk memberikan kepuasan pemanduan sporty.


Pendekatan baharu daripada syarikat ini menjadikan BMW lebih inovatif dari segi rekaan dan juga ciri mewah dan moden yang ditawarkan melalui pelbagai inovasi terbaharu. Antara ciri menarik hasil daripada pendekatan ini adalah inovasi pemanduan kendiri, operasi, sambungan dan juga servis digital.
Semasa pelancaran, ia akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu BMW iX xDrive50 dan BMW iX xDrive40.

Ahli lembaga pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab dalam urusan pelanggan, jenama dan jualan berkata, "Pelancaran pasaran untuk BMW iX akan dimulakan pada penghujung tahun ini dengan dua pendekatan yang berbeza (untuk mencapai matlamat sama) dalam bentuk BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive50. Kami telah pun menetapkan harga untuk Jerman."
"Sebagai contoh, BMW iX xDrive40 dijual dengan harga yang bermula daripada EUR 77,300. Di samping itu, kini pelanggan kami juga dapat menerima manfaat daripada tambahan baharu fungsi kenderaan yang boleh dipasangkan kepada kereta semasa proses pemilikan, di mana pengguna dapat menikmati proses konfigurasi yang lancar dan benar-benar berorientasikan pelanggan melalui produk dan servis yang eksklusif."

Keseluruhan proses pengeluaran kereta BMW iX dilakukan di BMW Group Plant Dingolfing dengan penumpuan terhadap penjagaan alam sekitar dan standard sosial dari segi pengekstrakan material mentah, penggunaan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui, dan juga penggunaan bahan kitar semula yang tinggi.


BMW akan menggunakan peratusan aluminium sekunder dan juga plastik kitar semula yang tinggi. Ruang dalaman kereta menampilkan penggunaan kayu yang diktiraf oleh FSC, kulit yang diwarnakan dengan ekstrak daun zaitun, dan pelbagai lagi material semula jadi yang lain. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan karpet pula adalah daripada jaring hanyut nelayan yang telah dijumpai.



Untuk mengurangkan penggunaan material daripada sumber yang kritikal, jurutera di BMW berusaha untuk membina kenderaan berlandaskan prinsip motor current-excited synchronous. Reka bentuk khas ini memberi kesan yang dapat meningkatkan prestasi BMW iX.

Rotor yang dikawal dengan penuh perincian menggunakan kuasa elektrik membolehkan kuasa kemuncak tork untuk dicapai sejurus selepas kenderaan dilancarkan. Tidak seperti motor eletrik dengan bentuk konvensional lain, kuasa torknya dikekalkan oleh jalur rev yang sangat lebar.

Selanjutnya, turut diperhalusi adalah pengalaman pemanduan BMW iX ini. Pembangunan kuasanya bukan sekadar pantas tapi juga konsisten. Ini menunjukkan betapa BMW sering menawarkan prestasi sport yang cemerlang.
Mengenai enjinnya, kedua-dua varian menggunakan sistem pemanduan dengan satu motor elektrik pada gandar hadapan dan satu lagi pada gandar belakang. Walau bagaimanapun, rating output untuk kedua-duanya adalah berbeza.

Bagi BMW iX xDrive50, ia mampu memberikan kuasa output sehingga 370 kW (500 hp) dan boleh memecut daripada pegun ke 100 km/j dalam masa kurang 5.0 saat. Bagi BMW iX xDrive40 pula, outputnya adalah 240 kW (300 hp) dengan kuasa pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.0 saat.


Teknologi pintar generasi ke-5 BMW eDrive telah dipasangkan untuk elektronik kuasa dan juga teknologi pengecasan BMW iX. Ia diletakkan rendah di bahagian lantai kenderaan. Di samping itu, densiti kuasa gravimetrik untuk bateri lithium-ionnya juga telah dipertingkat sebanyak 20 peratus.
Selain reka bentuk aerodinamiknya yang telah dioptimumkan dan juga rekaan pintar yang berpaksikan keringanan, BMW iX memiliki tahap penggunaan kuasa elektrik dengan kitaran WLTP kurang daripada 21 kW/j untuk setiap 100 km bagi BMW iX xDrive50 dan kurang 20 kW/j bagi setiap 100 km untuk BMW iX xDrive40.


Dikeluarkan mengikut spesifikasi tertentu dan dimuatkan dengan bateri bervoltan tinggi yang dihasilkan spesifik untuk model, iX xDrive50 menggunakan bateri dengan kandungan tenaga kasar lebih daripada 100 kW/j. Bagi BMW iX xDrive40 pula, memiliki kandungan tenaga kasar lebih daripada 70 kW/j.
Ini memberikan iX xDrive50 jarak perjalanan yang jauh iaitu 600 km, manakala BMW iX xDrive40 pula sejauh lebih daripada 400 km menurut ujian kitaran WLTP. Namun begitu, sebagai makluman, semua angka yang dinyatakan berkenaan prestasi, penggunaan tenaga dan jarak perjalanan hanyalah anggaran berdasarkan tahap pembangunan model kereta yang terkini.

Berkenaan teknologi pengecasannya, BMW iX boleh menerima pengecasan arus terus (DC) dengan kuasa pengecasan yang sangat tinggi. Bateri bervoltan tinggi varian BMW iX xDrive50 boleh ditambah sehingga 200 kW dan BMW iX xDrive40 pula sehingga 150 kW.
Masa pengecasan yang diperlukan hanyalah 10 minit yang dapat memberikan kuasa yang cukup untuk perjalanan lebih daripada 120 km (BMW iX xDrive50) dan 90 km (BMW iX xDrive40). Selain itu, pengecasan bateri bagi kedua-dua varian boleh ditingkatkan daripada 10 ke 80 peratus daripada kapasiti penuhnya dalam masa kurang daripada 40 minit.

Di samping itu, turut ditampilkan dalam pembangunan BMW iX adalah pengenalan peralatan atau toolkit teknologi baharu. Teknologi ini memiliki tahap kuasa komputer yang telah dibangunkan supaya boleh memproses jumlah data sebanyak 20 kali ganda. Hasilnya, sekitar 2 kali ganda data mampu diproses oleh sensor kereta.
"Kami sedang menetapkan standard industri terbaharu dengan teknologi BMW iX. iX memiliki kuasa komputer yang lebih tinggi untuk memproses data dan juga teknologi sensor yang lebih berkuasa berbanding kenderaan baharu lain dalam barisan kenderaan terkini kami, berkebolehan 5G, akan diberikan fungsi pandu kendiri dan juga parkir kendiri serta menggunakan sistem pemanduan elektrik generasi ke-5 kami yang berprestasi tinggi," ujar Frank Weber, ahli lembaga pengurusan BMW AG Development.

Selain daripada kesemua kepintaran teknikalnya, BMW iX didatangkan dalam reka bentuk baharu untuk pengalaman pemanduan yang baharu.
Secara keseluruhannya, bahagian luarnya memiliki layout yang minimal dan jelas, memaparkan ciri mobiliti pada setiap lekukan dan esen, yang mana BMW telah cuba melakukan yang terbaik untuk mempamerkan pendekatan mesra alam sekitar yang menjadi arah tuju syarikat.



Ruang dalamannya juga memiliki tahap keselesaan yang tertinggi bagi sesiapa pun yang menaiki kenderaan ini. Keselesaan ini direalisasikan BMW melalui penawaran pelbagai pilihan sistem berteknologi tinggi yang inovatif BMW iX dari segi hiburan, keselamatan dan juga sekuriti.


Timbalan Presiden Kanan BMW Group Design, Adrian van Hooydonk menyimpulkan, "BMW iX menunjukkan bagaimana kami dapat memberikan teknologi baharu sebuah reka bentuk yang sangat moden dan penuh emosi. Kereta ini kompleks dari segi teknologinya, namun ia terasa sangat jelas dan tidak rumit. BMW iX menawarkan ruang kehidupan dalam kenderaan yang dapat memberikan keselesaan kepada pengguna, yang mana kepintaran kereta hanya wujud sekiranya diperlukan."


Buat masa ini, kenderaan ini masih dalam fasa pembangunan di peringkat akhir dan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQL3975
SELANGOR
BSM4035
JOHOR
JYR2768
PULAU PINANG
PRY5229
PERAK
APF1493
PAHANG
CFF2402
KEDAH
KGE2939
NEGERI SEMBILAN
NEJ4864
KOTA KINABALU
SJQ2342
KUCHING
QAB2171N
Terakhir Kemas Kini 09 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
Berita Terkini
Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026
Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.
09-02-2026
Tahun Baharu Cina: Diskaun Tol 50% Bermula 14, 15 Feb Ini
Diskaun tol 50% bermula 14 hingga 15 Februari ini.
09-02-2026
Omoda C9 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan – Capai 1,100 KM, Mewah, Tapi RM220K
Selepas sekian lama menjadi bualan sejak sesi pratonton tahun lalu, Omoda | Jaecoo Malaysia akhirnya membuka buku tempahan untuk SUV dengan teknologi trenkuasa efisien, hibrid plug-in (PHEV), Omoda C9 PHEV.
09-02-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Remaja Maut Ketika Jalani Ujian JPJ, Keluarga Mahu Siasatan Telus
Gara-gara hilang kawalan ketika menjalani ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah institut latihan di Salak Tinggi, Sepang, seorang remaja maut di lokasi ujian.
09-02-2026
VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal
Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.
06-02-2026
Penjimatan Pas MY50 Dilancar, Hanya Bayar RM50, Selebihnya Kerajaan Tanggung
Kos sebenar bagi seorang pengguna My50 adalah sekitar RM150 sebulan, jadi pengguna hanya membayar RM50 manakala kerajaan menampung RM100 setiap bulan.
06-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
