Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC
GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024. Kenderaan baharu ini memiliki kelajuan yang tinggi, tahap kekukuhan yang mantap dan juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih.

Bakal ditawarkan dalam empat varian berbeza iaitu Hummer EV2, Hummer EV2X, Hummer EV3X dan Hummer Edition 1, kereta-kereta ini dijangka akan mula dikilangkan pada awal tahun 2023.
Berkenaan harganya, varian EV2 ditawarkan pada harga US$ 79,995 (RM328,219.48+-), EV2X pada US$ 89,995 (RM369,384.48+-), EV3X pada US$ 99,995 (RM410,429.48+-) dan Edition 1 pada US$ 105,595 (RM433,414.68) atau dengan pilihan tambahan Extreme Off-Road Package pada US$ 110,595 (RM453,937.18+-).

Ketua jurutera Hummer EV Al Oppenheiser berkata, "HUMMER EV SUV GMC menawarkan keseimbangan antara prestasi atas jalan dan off-road yang luar biasa, ditingkatkan melalui struktur unik yang membolehkan pengalaman terbuka (open-air experience) tersendiri kami (dinikmati pengguna). Ciri-ciri terbaharu yang ditampilkan pada SUV mengukuhkan peranannya sebagai alat taktikal dalam apa sahaja situasi."
Mengenai bahagian luarannya, di sudut depan, gril ikonik Hummer dapat dilihat dengan rekaan baharu yang lebih moden yang mana kini dipadankan dengan bar lampu depan. Ciri baharu lain yang diketengahkan adalah penggunaan Infinity Roof dengan Sky Panel dan I-Bar yang boleh ditanggalkan.

Sesetengah sentuhan yang diberikan kepada model kereta baharu ini diambil daripada model terdahulu seperti bahagian rodanya, cangkuk tunda tambahan, bentuk petak badan kereta serta tayar ganti yang dilekapkan pada bahagian belakang.

Walau bagaimanapun, Hummer Edition 1 didatangkan dengan warna eksklusif daripada GMC yang dipanggil 'Moonshot Green Matte.' Pada masa akan datang, rona pusam (matte hue) ini akan mula ditawarkan sebagai kemasan bagi SUV lain dan juga model kereta yang dilancarkan sebelum ini, Hummer EV Pickup.


Mengenai bahagian tapaknya, SUV ini memiliki wheelbase yang berdiri pada ketinggian 20 inci lebih rendah berbanding Hummer EV Pickup. Rekaan yang lebih kecil ini membolehkan SUV ini dikendalikan dengan lebih baik serta mampu melakukan radius pusingan yang lebih kecil iaitu 35.4 kaki.


Bergerak ke bahagian dalamannya pula, teknologi kereta ini telah dibangunkan oleh Perception, sebuah agensi kreatif yang terkenal dengan hasil kerja mereka bersama Marvel Cinematic Universe. Oleh sebab itu, ruangan dalaman trak EV ini akan menampilkan ciri-ciri premium untuk membuatkan pengguna 'tenggelam' dalam rekaan grafiknya.


Pada bahagian penumpang, mereka dapat menonton paparan grafik melalui skrin infotainmen menyerong yang bersaiz 13.4 inci. Sementara itu, pemandu pula memiliki paparan informasi menyerong yang bersaiz 12.3 inci.


Ianya didatangkan dengan beberapa fungsi canggih seperti aplikasi tenaga dalam kereta (in-vehicle energy app), kunci digital, paparan HD, dan juga widget off-road. Selain itu, ciri terpenting yang ditawarkan secara standard pada model ini adalah 'Super Cruise.'


Mengenai prestasinya, Hummer EV dibina berdasarkan platform elektrik sepenuhnya, Ultium Drive yang dapat menjana kuasa kuda mencecah 830 hp. Syarikat mengatakan bahawa ia akan menawarkan prestasi off-road dengan gabungan gaya mewah on-road yang padu.


Super truck adalah gelaran yang tepat untuk diberikan kepada model Hummer baharu ini. Mana tidaknya, varian yang paling rendahnya iaitu EV2 dan EV2X turut memiliki dua motor elektrik yang boleh menghasilkan output kuasa sehingga 625 hp dan tork 10,033 Nm.


Selain itu, EV2 didatangkan dengan bateri 16 modul yang boleh bertahan sehingga kira-kira lebih 250 batu (402 km) jarak perjalanan, sementara itu EV2X memiliki bateri 20 modul yang boleh membawa penumpang menempuh perjalanan sejauh 300 batu (483 km).
Varian lebih tinggi yang seterusnya, EV3X dan Edition 1 dipasangkan dengan tiga motor elektrik. Ia mampu menghasilkan output kuasa sebanyak 830 hp dan tork 15,592 Nm yang boleh menggerakkan kereta sehingga 300 batu (483 km) dengan kuasa pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat.

Tentang keupayaan pengecasannya, Hummer EV SUV memiliki fungsi pengecasan pantas awam DC 800 volt dengan output kuasa sehingga 300 kW. Ciri baharu yang ditampilkan adalah keupayaan bateri untuk beralih daripada mod sambungan selari kepada mod siri semasa dicas.
Di samping itu, bagi meningkatkan ciri praktikal kereta, baterinya telah diintegrasikan pada bahagian lantai kereta yang tidak mengganggu ruang dalaman Hummer EV SUV. Butnya, apabila kerusi dilipatkan dapat memberikan kapasiti ruang yang cukup luas iaitu 2,316 liter. Tidak cukup dengan itu, ia turut lengkap dengan ruang simpanan bawah lantai dan pada bahagian tepi.

Selain ruang simpanan but kereta, Hummer EV SUV turut menyediakan 'frunk.' Frunk ini boleh dibuka secara automatik seperti sebuah peti besi.

Mengulas mengenai kemudahan ini, syarikat memaklumkan bahawa Hummer EV SUV memiliki ruang bukaan belakang bersaiz 48 inci yang dapat memudahkan proses menggangkut dan mengeluarkan barang. Di samping itu, terdapat cermin pada bahagian belakang yang boleh diturunkan untuk lebih fleksiibiliti.

Kesimpulannya, melalui Hummer EV SUV 2024, GMC menawarkan sebuah kereta yang direka dengan penuh ketelitian dalam segala aspek. Model ini mempamerkan ciri unik syarikat iaitu kombinasi teknologi intuitif dengan sentuhan premium.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
DeLorean Yang Menggunakan Enjin Turbo Kembar Berjaya Dijual AS$200K
Delorean mungkin sudah lenyap dalam sejarah automotif namun pernah meraih populariti menerusi filem "Back To The Future".
05-01-2022
Hummer H2 Itu Didapati Mengeluarkan Asap Sebelum Terbakar
Kejadian itu berlaku di Tol Seafield, Subang Jaya kelmarin.
27-10-2021
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

