ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Santa Cruz Sport Adventure Memasuki Pasaran Amerika Syarikat Tak Lama Lagi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Motor Company baru-baru ini telah mendedahkan Santa Cruz Sport Adventure Vehicle. 




Proses pembuatan kereta ini bakal dimulakan pada bulan Jun ini di Montgomery, Alabama, Amerika Syarikat (AS) dan akan mula dijual kepada orang ramai pada musim panas.  Penambahan model Santa Cruz dalam pengeluaran Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) bakal meningkatkan kira-kira 1,200 pekerjaan yang dapat membantu mengangkat ekonomi AS.  




"Santa Cruz, dengan gaya yang berani, memecahkan kesemua wilayah segmen baharu bagi kedua-dua Hyundai dan juga keseluruhan industri. Fleksibiliti bed terbuka bersama-sama dengan kabin tertutup yang lebih selamat dapat memenuhi pelbagai keperluan harian pembeli yang sukakan pengembaraan. Sementara itu, enjin yang berkuasa dan efisien serta tahap kemudahan pengendaliannya yang superb dapat memberikan nikmat kepada pemandu yang menggunakan kenderaan ini sama ada di kawasan bandar ataupun off-road.   Pelanggan kami akan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh (melakukan sesuatu) tanpa kereta ini sebelum ini," kata Jose Munoz, presiden dan CEO Hyundai Motor North America.





Santa Cruz dihasilkan untuk menjadi sebuah Sport Adventure yang terbaik, menampilkan bed tertutup yang selamat, atau terbuka dengan penutup tonneau yang boleh dikunci. Ciri menarik lain adalah ruang simpanan tersembunyi serta aksesori sambungan bagi bed yang fleksibel.  





Sudut hadapan kenderaan dilengkapkan dengan pencahayaan eksklusif tersembunyi yang hanya boleh dilihat melalui gril apabila diterangi.  Bersebelahan dengannya adalah lampu DRL berbentuk seperti permata, cangkuk gril yang digabungkan dengan elemen plat kelincir pada bahagian bawah sudut depan fascia.  




Ini diikuti dengan rim aloi bersaiz 20 inci dengan reka bentuk menawan yang kelihatan sempurna digabungkan dengan sisi tepi kereta yang kelihatan gagah.  Pembeli juga boleh memilih rim 18 inci dengan sidewall tayar yang lebih besar untuk penggunaan off-road.  



Model baharu ini turut dilengkapi pencahayaan berbentuk "T" dan juga lampu belakang yang dituliskan dengan "Designed in California" sebagai penghormatan kepada pasukan reka bentuk Hyundai dari California.  

Bahagian kabin dalamannya pula adalah merangkumi reka bentuk dwi-kokpit dengan skrin paparan tengah premium berskrin sentuh 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple Carplay dan Android Auto. 




Selain itu, kenderaan ini turut dimuatkan dengan ruang simpanan dalam kabin yang terletak pada bahagian bawah tempat duduk belakang. Berkenaan sistem audionya pula, kereta ini dilengkapi sistem  Bose® Premium. Di samping itu, ciri lain yang terdapat pada kereta ini adalah kemudahan pengecasan tanpa wayar Qi dan Digital Key yang disokong oleh aplikasi telefon pintar.  Aplikasi Digital Key Hyundai dapat memudahkan pengguna mengawal sistem kenderaan yang tertentu dari jarak jauh melalui telefon pintar.  

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mengunci atau membuka kunci kereta, mengaktifkan amaran panik dan juga menghidupkan enjin.  Dengan cara ini, pengguna boleh meninggalkan kunci biasa di rumah. Menggunakan sistem ini, kunci juga boleh dikongsi dengan orang lain dengan cara yang lebih selamat.  Walau bagaimanapun, buat masa ini Digital Key hanyalah sesuai digunakan dengan sistem operasi Android. 

Mengenai enjinnya, Santa Cruz Sport Adventure menggunakan enjin 4 silinder sebaris 2.5 liter dengan suntikan terus yang dapat menjana 190 hp kuasa kuda dan 180 Nm daya kilas/tork, digabungkan dengan transmisi 8 kelajuan. Santa Cruz juga boleh digabungkan dengan enjin 2.5 liter dengan pengecas turbo suntikan terus yang boleh memberikan kuasa sehingga 275 hp kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas yang digabungkan dengan transmisi automatik dwi-cekam 8 kelajuan. Sistem ini disesuaikan dengan penganjak pedal pada stereng untuk kawalan anjakan secara manual oleh pemandu.  





Kedua-dua pilihan enjin didatangkan bersama-sama dengan kebolehan pemanduan pacuan semua roda HTRAC® dengan tetapan Sport yang boleh menjadikan kereta lebih tangkas.  Keupayaan menunda untuk enjin 2.5L 4 silinder adalah pada kiraan 1,588 kg, manakala untuk model 2.5L Turbo AWD pula  2,268 kg.  




Dimensi untuk Kepanjangan, Kelebaran, Ketinggian dalam mm adalah  4,971 mm x 1,905 mm x 1,694 mm. Jarak antara roda adalah 3,004 mm.   Panjang pada bahagian atas bed adalah 1,229 mm dan bahagian bawah bed pula 1,323 mm. 

Model gagah ini juga dilengkapi ciri keselamatan dan kemudahan yang padu sebagai sebahagian daripada Hyundai SmartSense. Antara ciri yang terdapat pada kereta ini adalah Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), Bantuan Elak Pra-Pelanggaran (dengan pengesan pejalan kaki, pembonceng dan pusingan simpang), Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Pemantauan Titik Buta (BVM), Pemantauan Keliling (SVM), Bantuan Keluar Selamat (SEA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAW). 

Selain itu, kenderaan ini turut memiliki kemudahan Blue Link® Connected Car yang disediakan secara percuma selama tiga tahun.  Sistem ini dilengkapi dengan ciri seperti Penghidup Jarak Jauh  dengan Kawalan Iklim, Pengunci/Pembuka Pintu Kereta Jarak Jauh, Penemuan Semula Kenderaan Curi dan Pencarian Destinasi menggunakan Suara dan banyak lagi.  Ciri ini boleh diakses melalui kawalan yang terdapat pada bahagian dalam kereta atau melalui portal MyHyundai.com, aplikasi MyHyundai dengan Blue Link, Amazon® Alexa Blue Link dan Blue Link Google Assistant. Selain itu, sesetengah ciri boleh dikawal dengan aplikasi jam tangan pintar Android Wear™ dan Apple Watch™.





Antara ciri utama Santa Cruz seperti Penghidup Enjin Jarak Jauh, pengurusan profil jarak jauh, pemanas dan pengudaraan kerusi jarak jauh, Notifikasi Status Kenderaan, POI Send to Car dengan Waypoints (Kebolehan untuk memasukkan sehingga tiga poin, untuk dihantar kepada kereta dan menyusun destinasi secara automatik) dan Amaran Penyelenggaraan. 



Untuk lebih informasi tentang kenderaan yang dilengkapi Blue Link, layari hyundaibluelink.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.