- Berita
- Kereta Baru
- Volvo Car Malaysia Memperkenalkan Model Volvo S90 Yang Telah Dikemaskini Baru-Baru Ini.
Volvo Car Malaysia Memperkenalkan Model Volvo S90 Yang Telah Dikemaskini Baru-Baru Ini.
Volvo Car Malaysia memperkenalkan model Volvo S90 yang telah dikemaskini baru-baru ini.

Malah, kemasan bahagian luaran dan dalaman turut diperbaharui selain dilengkapi dengan ciri keselamatan dan teknologi.
Model sedan premium empat pintu itu memiliki lima tempat duduk yang dibina di bawah platform 'Scalable Product Architecture' (SPA).
Ia yang dikuasakan dengan Drive-E Volvo juga dilengkapi dengan enjin berkembar T8 serta bateri boleh cas semula jenis lithium-ion.
Oleh itu, ia mampu menghasilkan 407 kuasa kuda (hp) dan tork 640Nm. Malah, dengan gabungan enjin empat silinder menyebabkan motor elektriknya mampu memberikan prestasi pemanduan
Gabungan enjin empat silinder dan motor elektrik yang berkuasa berupaya memberikan pemanduan yang paling berkuasa namun menghasilkan kadar emisi yang rendah.

Volvo S90 merupakan lambang kemewahan yang tampil dengan rekaan Recharge yang baharu.
“Kami mahu menakrifkan semula konsep 'perjalanan dalam gaya' dan ia juga mempamerkan 'kemewahan' dan pada masa sama mengutamakan aspek 'keselamatan' untuk kereta ini.
“Aspek estetika kereta ini daripada bahagian luaran dan dalaman yang dihiasi krom, kepada ruang dalaman yang dikemaskini dengan penampilan keseluruhan yang lebih kemas, menjadi kemewahan Scandinavian yang terbaik.
“Bagi sentuhan terakhir, enjin berkembar T8 yang dipasang pada Volvo S90 Recharge T8 memberikan pengalaman pemanduan yang lancar, lincah dan hebat kepada pemandu," kata Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, Akhtar Sulaiman.
Menyentuh mengenai reka bentuk, S90 masih menggunakan rekaan sama Volvo Cars.
Kombinasi reka bentuk minimalis dan corak gaya ini juga dilihat menghasilkan imej premium yang diserlahkan oleh ciri estetik utama Volvo.
Ini termasuk rekaan lampu utama LED gaya 'Tukul Thor', gril menegak krom dengan Volvo Iron Mark dan penggunaan rekaan kemasan Volvo yang menonjol pada bahagian belakang.
Lampu belakangnya juga telah dikemaskini dengan rekaan mirip kepada model Volvo S60 T8 R-Design yang bercirikan kemewahan dan sporty.


Jika dilihat dari ruang kabinnya, ia menggunakan rekaan Scandinavian bagi menambahkan lagi penampilan kenderaan ini.
Ia yang digabunkan dengan bumbung suria, tempat duduk baharu dan rekaan bilah udara menegak di setiap sisi antara muka Sensus sekali gus dilihat meningkatkan lagi ciri estetika yang elegan.
Malah, dua pilihan trim dalaman turut ditawarkan iaitu kemasan berwarna Ash Grey dengan kulit Nappa manakala, warna Maroon Brown juga dipadankan dengan kulit Nappa.
Bercakap mengenai panel Sensus, ia dikatakan membolehkan pemandunya sentiasa berhubung dengan mudah selain hadir dengan teknologi on-the-go.
Kenderaan ini juga mempunyai dua port pengecas USB-C di bahagian hadapan bagi sambungan kepada Apple Carplay dan Android Auto. Malah, skrin sesentuh bersaiz 9-inci juga memberikan akses menu yang sepenuhnya mengenai ciri keselamatan dan aplikasi hiburan sekali gus memberikan keselesaan

Tidak ketinggalan, kualiti bunyinya juga telah dipertingkatkan menerusi sistem audio Bowers & Wilkins dengan sejumlah19 pembesar suara berkuasa 1,400W. Pembesar suara signatur Tweeter-on-Top yang terletak kemas di atas papan pemuka diintegrasikan dengan kontur reka bentuk S90 Recharge T8.
Kereta ini juga hadir dengan ciri keselamatan yang dikenali sebagai sistem Intellisafe dimana ia dipadankan dengan casis keluli boron.


Ia juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang dibangunkan oleh Volvo seperti Sistem Maklumat Titik Buta, City Safety , Amaran Trafik Lintas, Amaran Hadapan, Belakang dan Sokongan Mitigasi, Bantuan Lorong Kekal, Pilot Assist termasuk had kelajuan 180 kilometer sejam (km/j).
“Ia memiliki aspek keselamatan, reka bentuk dan prestasi yang sama seperti model Volvo lain.
“Menerusi kerjasama pasukan, kami yakin kereta ini akan memberikan pengalaman pemanduaan yang bertaraf premium.
“Malah, ciri plug-in hibrid adalah ciri masa depan tanpa berkompromi dengan pengalaman hari ini. Model S90 Recharge T8 adalah kenderaan mewah yang memberikan kelainan dan pilihan tepat kepada mereka yang mencari keunikan dan ingin lebih menyerlah berbanding orang lain," tambah Akhtar
Model ini hadir dengan lima warna iaitu Bright Silver, Crystal White Pearl, Onyx Black, Thunder Grey dan Platinum Grey.
Sehubungan itu, Volvo S90 Recharge T8 yang dijual pada harga RM358,888, kini ditawarkan pada harga RM339,315 selepas pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan sehingga 30 Jun ini.
Model itu kini boleh didapati di semua wakil sah pengedar Volvo seluruh negara bermula hari ini dan ia juga boleh ditempah secara dalam talian menerusi laman web Volvo Car Malaysia.
Apakah pendapat anda mengenai kereta sedan premium ini? Jom kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat