Bespoke Rolls Royce Black Badge Cullinan Hadir Dengan Tema Perlumbaan
Royce Motor Cars Los Gatos, California melakukan penghantaran Rolls Royce Black Badge Cullinan kepada sepasang suami isteri, Ben dan Christine Sloss yang dikatakan merupakan peminat tegar kereta lumba.

Menjengah model Black Badge Cullinan untuk pasangan berkenaan, jentera ini dilihat menerima kemasan Pikes Peak Blue yang dikatakan dihasilkan secara eksklusif mengikut spesifikasi peribadi Rolls-Royce Bespoke Collective.
![]()
Dikombinasikan dengan kemasan warna terang, Forge Yellow di bahagian coachline termasuk wheel-centre pinstripes dan angkup brek (brake callipers ).
-full.jpg)
Kemasan di tiga bahagian itu dihasilkan dengan lukisan tangan.
-full.jpg)
Malah, warna itu merupakan simbolik kepada warna bendera Modena (wilayah di utara Itali) dan warna pakaian seragam perlumbaan pasangan berkenaan.
Secara signifikannya, kereta pasangan ini juga menampilkan monogram RR silver-on-black yang ikonik selain dipadankan dengan cermin gelap manakala, roda Black Badge pula dilihat menerima kemasan dwitona khas.
-full.jpg)
-full.jpg)
Bagi menyerlahkan lagi rekaan model ikonik ini, patung berupa wanita muda dengan jubah berkibar atau lebih dikenali sebagai patung Spirit of Ecstasy yang cukup sinonim dengan jenama Rolls-Royce turut dipasang di bahagian atas gril Pantheon gelap.
Ia dihasilkan dengan bilet fiber karbon.
-full.jpg)
-full.jpg)
Jika pintu hadapannya dibuka, ia diserlahkan dengan tread plates Black Badge eksklusif yang direka sepadan dengan logo Black Badge.
Apa yang lebik uniknya, setiap plat tersebut melalui proses salutan yang dikenali sebagai
Menariknya, setiap plat ini melalui proses salutan Pemendapan Wap Fizikal dalam warna hitam selain diukir untuk menyerlahkan logam perak dengan ukiran nama pelanggannya.
Jika diamati dengan lebih dekat, nama Benjamin diukir di bahagian pemandu, manakala ukiran perkataan Christine terserlah di bahagian tempat duduk penumpang.
Menjengah kabin dalamannya, tempat duduknya dihiasi dengan kulit berwarna Navy Blue buatan tangan selain dipadankan dengan kemasan jahitan dan monogram dalam warna Forge Yellow.
Tidak ketinggalan juga, kemasan kontra dengan tona warna serupa pada bahagian papan pemuka dan poket pintu.
-full.jpg)
Bespoke Technical Clock pula menampilkan keluli tahan karat yang disadurkan dengan warna Navy Blue selain dipadankan dengan Forge Yellow.
-full.jpg)
Pendek kata, secara keseluruhan jentera ini menggunakan akses Forge Yellow bagi menghidupkan suasana harmoni dengan tema dalaman berwarna biru gelap.
Bagi mengabadikan ruang dalaman Black Badge dengan lebih terperinci, setiap panel pintu dihiasi dengan logo lumba peribadi Sloss manakala, bahagian tempat duduknya dihiasi dengan sulaman stileto.
Bagaimanapun, Black Badge Cullinan mendapat ilham dari aspek perlumbaan dan setiap perincian jentera ini menekankan ciri-ciri elegan Rolls Royce.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat