- Berita
- Berita Auto
- Pameran Rolls-Royce Di UK: Dedahkan Versi Keluaran Khas, Black Badge, Untuk Tatapan Umum
Pameran Rolls-Royce Di UK: Dedahkan Versi Keluaran Khas, Black Badge, Untuk Tatapan Umum
Rolls-Royce Motor Cars telah membuat penampilan dalam acara tahunan musim panas yang eksklusif, Salon Privé. Semasa acara di Concours d’Elégance, Blenheim Palace, Oxfordshire, England, UK ini diadakan, Rolls-Royce mempamerkan dua versi yang dihasilkan khas: Black Badge Cullinan dan Black Badge Wraith.
Versi khas Black Badge ditawarkan untuk model Wraith, Dawn dan Cullinan. Versi ini merupakan satu revolusi bagi jenama kereta mewah ini. Black Badge mewakili identiti kedua atau alter ego Rolls-Royce sejak mula dilancarkan lima tahun yang lalu. Versi Black Badge bukan sekadar tampil dengan ciri luaran yang berbeza tetapi juga berbeza dari segi kejuruteraannya yang tampil lebih berkuasa.

Untuk tahun ini, Black Badge Cullinan memiliki badan yang diwarnakan dengan tona hijau Bespoke Verde Ermes. Ciri luaran kereta bertambah menarik dengan sentuhan warna gelap untuk bahagian besi kereta, Spirit of Ecstasy, serta rim Black Badge kereta yang bersaiz 22 inci.

Untuk Black Badge Wraith, warna Iced Premiere Silver telah dipilih sebagai cat luaran. Warna luaran ini sepadan dengan warna krom gelap kereta Spirit of Ecstasy, dan juga rim Black Badge separa gentian karbon bersaiz 21 inci.

Untuk Black Badge Wraith, warna Iced Premiere Silver telah dipilih sebagai cat luaran. Warna luaran ini sepadan dengan warna krom gelap kereta Spirit of Ecstasy, dan juga rim Black Badge separa gentian karbon bersaiz 21 inci.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Rolls Royce Motor Cars mengetuai Tour Privé, dan juga pemanduan sejauh 120 batu (193 km) di Cotswolds. Dalam perjalanan ini, Ghost berada di kedudukan hadapan.
Ghost untuk versi terbaharu ini telah dihasilkan dengan berpandukan falsafah 'post-opulent' (yang didefinisikan sebagai kesucian dan minimalisme oleh pereka Rolls-Royce), Ghost tampil dengan warna luaran Salamanca Blue. Di bahagian dalam, balutan kulit Cashmere Grey digunakan.

Elemen lain yang terdapat pada bahagian dalaman Ghost ialah penggunaan warna Navy Blue sebagai warna kedua pada tempat duduk dan warna Cobalto Blue pada stereng kereta.

Semasa acara berlangsung, tetamu yang hadir di ruangan VIP Blenheim Palace turut dapat melihat sendiri elemen lain yang ditawarkan daripada Rolls-Royce untuk versi tempahan khas seperti lakaran kereta, sampel pilihan warna dan juga sampel balutan kulit.
Untuk informasi yang lebih terperinci, boleh layari rolls-roycemotorcars.com
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


