Bukan Disambar Petir, Puntung Rokok Punca Kereta Meletup!
Kematian seorang pemandu Proton Iswara Aeroback yang membawa muatan mercun bola sebenarnya bukan disambar petir sebaliknya puntung rokok menjadi punca utama kereta itu meletup dengan kuat.


Demikian kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika diminta mengulas mengenai sebuah kereta meletup kerana dipanah petir di Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan pada Jumaat lalu.

Berdasarkan maklumat terkini, beberapa saksi mendakwa mereka melihat mangsa cuba membuang puntung rokok dari celah cermin tingkap yang dibuka dalam keadaan sempit.
“Sebaliknya, puntung rokok itu terjatuh ke dalam keretanya sebelum kereta itu secara tiba-tiba meletup dengan kuat,” katanya.
Hasil semakan juga mendapati mangsa membawa mercun bola dalam kuantiti yang banyak. Pihak polis juga masih menyiasat sama ada mercun itu dijual borong atau runcit.


Mangsa yang dikenal pasti sebagai Wan Hassan Wan Ali, 48, turut mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penyalahgunaan dadah dan pecah rumah.
Setakat ini, tiga daripada empat mangsa masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Semua mangsa dilaporkan stabil manakala, salah seorang mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Kejadian itu menjadi bualan hangat apabila kereta itu dikatakan meletup dan terbelah dua gara-gara disambar petir.
Beberapa gambar yang tersebar di media sosial juga menunjukkan terdapat serpihan mercun berwarna hijau di lokasi berkenaan.

Ia merupakan kejadian pertama kali berlaku di Kelantan sehingga polis memerlukan bantuan pasukan Unit Bom, Bukit Aman untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Caricarz melaporkan sebuah kereta yang membawa bola mercun meletup kerana disambar petir. Kejadian itu menyebabkan seorang maut, manakala empat cedera.
-full.jpg)
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

