ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Nak Beli Kereta? Kereta Apa Yang Anda Boleh Dapat Dalam Harga RM50K Hingga RM60K!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sekiranya anda mempunyai bajet sekitar RM50,000 hingga RM60,000, adakah anda sanggup untuk membelanjakan wang berkenaan untuk membeli kereta baharu atau kereta terpakai?

Berdasarkan penyelidikan kami di caricarz.com, di sini terdapat beberapa model kereta yang memenuhi anggaran harga itu seperti Proton Exora 2020,  Nissan Almera 2020, Perodua Alza 2020 dan  Proton Persona 2020.

Ia termasuk Perodua Myvi 2021,  Proton Persona 2021,  Perodua Bezza dan juga Proton Iriz 2021.




Pendek kata, jika anda tidak kisah untuk memiliki kereta lama antara  dua hingga tiga tahun, anda sebenarnya boleh mempertimbangkan untuk membeli barisan kereta ini!

Biarpun, ia masih di bawah jaminan ( dengan syarat ia diservis  atau diselenggarakan di pusat servis), tempoh jaminannya adalah tidak lebih lima tahun atau apa yang ditawarkan kepada anda ketika membeli kereta itu di bilik pameran.

Ia masih mempunyai jaminan sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun.

Anda juag boleh mendapatkan beberapa model dalam lingkungan tahun 2018 hingga 2019 seperti Honda Jazz keluaran tahun 2018, Renault Captur (2018), Hyundai Ioniq Hybrid BlueDrive HEV (2018), Perodua Myvi (2018) dan Isuzu D-Max (2019).

Kebanyakan kereta ini mencatatkan perbatuan dari 5,000 kilometer (km) hingga 85,000km. 

Mengimbau sejarah harga kereta ini  ketika  dilancarkan, ia dikatakan berharga antara RM55,300 hingga RM100,328. 





Ia kemudian diikuti dengan kereta keluaran tahun 2015 hingga 2016 dimana ia terdiri daripada kereta Mitsubishi ASX (2016), Nissan Teana (2015), Subaru XV (2016),  Nissan Grand Livina dan juga Proton Perdana (2016).

Bagi kereta tahun ini, rata-rata kereta ini mencatatkan perbatuan dari 40,000km hingga 90,000km.

Seperti sedia maklum, ketika kereta ini dilancarkan ia dikatakan berharga antara RM73,000 hingga RM175,000.





Bagi kereta keluaran tahun 2012 hingga 2014, ia terdiri daripada Audi Q5 TFSI Quattro (2012),  Mazda CX-5 SKYACTIV-G (2012),  Subaru XV(2013), Hyundai Grand Starex Royale GLS Premium (2013) dan juga Toyota Corolla Altis keluaran tahun 2014.

Masing-masing mencatatkan perbatuan antara 55,000km hingga 105,000km dan ketika kereta berkenaan dilancarkan, ia berharga dari RM73,000 hingga RM328,000. 




Menyentuh mengenai kelebihan membeli kereta baharu, sudah pastinya bank mengenakan kadar faedah yang rendah untuk pinjaman serta tempoh jaminannya.

Selain itu, kesemua kereta baharu hadir dengan teknologi dan alat ganti baharu, jadi tidak mustahil, kenderaan baharu tidak memerlukan tempoh pembaikan dalam beberapa tahun pertama selagi pemiliknya melakukan melakukan penyelenggaran secara berkala.

Bagaimanapun, siapa kata tiada sebarang keburukan membeli kereta baharu? Bagi pembelian kereta baharu, harga kenderaan baharu akan berhadapan dengan penyusutan nilai  yang agak tinggi hanya dalam beberapa tahun pertama.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa anda  hanya membuang ribuan ringgit  secara membuta tuli!

Berbeza dengan kereta terpakai, antara kelebihannya adalah menawarkan pembelian pada harga yang lebih rendah sekaligus tidak membebankan anda untuk membuat pembayaran secara tunai atau membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

Malah, anda juga berpeluang mendapatkan model kereta yang memiliki spesifikasi yang tinggi dengan harga  yang anda mampu milik!

Tidak kurang juga, anda hanya perlu membuat pinjaman dalam jumlah yang sedikit sekali gus membuatkan anda tidak beban dengan pembayaran bulanan.

Lazimnya, pinjaman untuk kereta terpakai adalah jauh lebih rendah berbanding kereta baharu menyebabkan si peminjam boleh melunaskan hutang kereta dalam tempoh yang lebih awal.

Begitupun, penyusutan nilai untuk kereta terpakai juga jauh lebih rendah dimana anda mampu menjual kereta anda dengan harga yang hampir anda beli dalam beberapa tahun akan datang.

Berdasarkan Laporan Pengguna, anda sebenarnya boleh membuat perbandingan mengenai model tertentu atau jenama kereta dan pilih model kereta yang sebenarnya boleh dijual pada harga tinggi.

Namun diakui ada juga kekurangan  membeli kereta terpakai terutamanya  tahap kebolehpercayaan untuk membeli kereta yang usianya semakin senja (lama).

Sudah pastinya, anda perlu membelanjakan wang yang agak banyak untuk membaik pulih kereta terpakai terutamanya jika pengedar kereta itu tidak memberi jaminan kereta dalam tempoh yanglama. 

Malah, sikap pemilik terdahulu juga memainkan peranan penting dalam membeli kereta terpakai. Oleh itu, kami menasihatkan pembeli untuk mendapatkan khidmat nasihat mekanik bertauliah untuk memeriksa kereta terpakai.

Bagaimanapun, kos pembaikan juga dikatakan berbeza namun semuanya bergantung kepada sesebuah bengkel itu.

Tidak ketinggalan juga bahawa kereta terpakai mengenakan kadar faedah yang agak tinggi. Ini adalah kerana insentif pengeluar kereta terhadap kereta baharu selain wujudnya risiko tinggi dari segi pembiayaan kereta terpakai.

Hakikatnya, gambaran jelas mengenai kereta terpakai sebenarnya sukar diramalkan kerana ia boleh membawa masalah kepada si pemberi pinjaman terutamanya dalam menggangarkan kos yang diperlukan untuk  menjual kenderaan berkenaan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5340

SELANGOR

BSU3556

JOHOR

JF5411J

PULAU PINANG

PSG3408

PERAK

APM1667

PAHANG

CFJ246

KEDAH

KGJ4232

NEGERI SEMBILAN

NEM2475

KOTA KINABALU

SJU5042

KUCHING

QAB7420P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-01-2026
EV

23-12-2025
EV

22-12-2025
Global

22-12-2025
Global

19-12-2025
Global

18-12-2025
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025

Berita Terkini

Tips

Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.

07-09-2026
Tips

Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)

Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.

07-09-2026
Tips

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026
Tips

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.