ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat

Sofea Najmi

31-5-2021

Kongsi melalui

“Boleh ke aku beli kereta dengan gaji sebanyak ni?” 


“Bank boleh terima ke pinjaman aku nak buat?”


“Kereta apa yang sesuai aku beli dengan gaji bawah RM3k?”


Ini adalah antara persoalan yang terlintas di fikiran ramai orang bila nak beli kereta. Dalam artikel kali ini, CariCarz ingin kongsikan antara perkara penting yang anda perlu tahu tentang pembelian kereta dan seterusnya senarai lima kereta terbaik yang boleh dibeli dengan gaji RM3000 dan ke bawah. Info yang dikongsikan dalam artikel ini juga sesuai bagi sesiapa yang mempunyai komitmen yang tinggi, kerana kereta yang disenaraikan adalah antara kereta terbaharu yang ditawarkan dalam harga terendah di Malaysia.


Tanpa membuang masa, jom kita perkara yang penting untuk anda tahu bagi pembelian kereta dengan gaji bawah RM3000. 


Bagaimana Mengira Kelayakan Pinjaman Kereta?


Pernah dengar tak orang kata harga kereta yang paling sesuai untuk kita beli adalah berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam setahun? Maknanya kalau gaji anda adalah RM3,000, pendapatan tahunan anda adalah RM36,000. Melalui perkiraan ini, harga kereta yang sesuai untuk anda beli adalah dalam lingkungan tersebut. 




Tapi betul ke?


Sebenarnya, ia tidaklah semudah itu. Dalam tips yang dikongsikan itu tidak memaklumkan kepada orang ramai untuk hanya mengambil kira gaji bersih selepas pemotongan KWSP, SOCSO dan sebagainya terutama sekali…


Pengiraan komitmen atau perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan.


Kesemua perkara ini sangat penting untuk mendapatkan anggaran harga kereta yang lebih tepat dan realistik dengan pendapatan. Orang berkeluarga yang bergaji RM3,000 memiliki komitmen yang lebih tinggi berbanding orang bujang. Jadi, harga kereta yang mampu dibeli adalah berbeza. 


Jadi apa cara pengiraan yang sebenar?


Dengan gaji pokok sebanyak RM3,000 cari jumlah gaji bersih yang dimiliki dengan menolak jumlah potongan wajib seperti KWSP, PERKESO, PCB dan lain-lain.


Kemudian kira komitmen atau perbelanjaan bulanan seperti bayaran pinjaman rumah, pinjaman kereta lain, kad kredit dan sebagainya sekiranya ada. 


Andai kata baki yang tinggal adalah RM1,000, bayaran bulanan untuk kereta baharu yang paling sesuai dengan pendapatan anda adalah separuh daripada baki tersebut, ini bermaksud jumlah bayaran ansuran terbaik adalah dalam RM500 sebulan.


Kenapa separuh baki, bukan keseluruhan baki gaji yang tinggal?


Ini kerana dalam pemilikan kereta, anda bukan sekadar perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan sahaja, tetapi juga kos-kos lain seperti penyelenggaraan, tol, minyak dan lain-lain. 


Anda boleh menggunakan kalkulator yang disediakan oleh laman web CTOS untuk mengira kelayakan berdasarkan jumlah komitmen.




Bagaimana Cara Untuk Kira Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Yang Dikenakan Berdasarkan Harga Yang Dipaparkan?




Anggaran kiraan harga kereta dibuat menggunakan kalkulator bayaran ansuran bulanan kereta Calculator.com.my. Untuk pengiraan yang lebih tepat anda perlu tahu berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang dipilih. 


Untuk tujuan ini anda boleh menggunakan laman web seperti ringgitplus.com  dan klik pada mana-mana bank yang menawarkan pinjaman kereta untuk melihat kadar faedah yang dikenakan serta kelayakan minimum untuk membuat permohonan pinjaman. 




Bagi tujuan artikel ini, nilai bayaran pendahuluan (downpayment) yang digunakan adalah 10% daripada harga kereta, dengan pinjaman selama 9 tahun dan kadar faedah yang dianggarkan sebanyak 3% (berbeza-beza mengikut bank). Namun begitu, diingatkan bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi sekiranya tempoh bayaran pinjaman lebih panjang. 


Apakah Kereta Baharu Termurah Yang Anda Boleh Beli Sekiranya Komitmen Tinggi Atau Bergaji Di Bawah RM3000?


Di bawah kami senaraikan 5 model kereta terbaharu yang mampu dibeli dengan gaji di bawah RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi. Harga yang disenaraikan adalah harga atas jalan tidak termasuk insuran. 


Perodua Axia - Dari RM23,367 




Perodua Axia ialah kereta baharu paling mampu milik yang boleh dibeli di Malaysia. Bermula daripada RM23,367 untuk varian E sehinggalah RM41,427 untuk varian tertinggi Axia iaitu AV.

Warna yang ditawarkan adalah Sunrise Orange, Lava Red, Midnight Blue, Glittering Silver dan Ivory White. 


Kelebihan: Kereta ini cukup mudah untuk dikendalikan kerana saiznya yang kecil, memang ideal untuk sesiapa yang baru mendapat lesen kereta. Selain itu, Axia juga terkenal sebagai antara model kereta yang sangat jimat minyak dengan anggaran penggunaan minyak sekitar 4.6 liter/100 km. 

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Axia


*Hanya ditawarkan pada varian tersebut dan tidak pada varian lain atau selepasnya.

**Hanya pada varian tersebut dan yang lebih tinggi (kecuali varian Style)

Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Axia?

Varian terbaik daripada kelima-lima yang ditawarkan pada pendapat penulis ialah varian AV kerana ciri keselamatannya yang lebih lengkap berbanding yang lain. Varian ini dilengkapi dengan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 ataupun Bantuan Keselamatan Termaju yang terdiri daripada empat fungsi asas iaitu  amaran pra-pelanggaran (pre-collision warning), brek pra-pelanggaran (pre-collision braking), amaran kenderaan hadapan bergerak ke depan (front departure alert) dan kawalan tersalah tekan pedal (pedal misoperation control). Bayar lebih demi keselamatan apa salahnyakan? 




Varian ini juga merupakan satu-satunya varian yang lengkap dengan kamera undur, satu kemudahan yang sangat memudahkan pemandu terutama sekali ketika parking. 


Di samping itu, varian AV turut menawarkan ciri keselesaan yang lebih berbanding yang lain seperti butang kawalan audio pada stereng kereta. Kalau anda jenis suka tekan-tekan butang radio sambil memandu, memang senanglah hidup bila ada benda ni. Tapi ini bukanlah benda wajib ada pun. 


Sekiranya pendapatan anda tidak melayakkan anda memiliki AV, paling ‘biasa-biasa’ pun pilihlah varian GXtra yang ada banyak ciri penting atau menarik yang tiada pada varian sebelumnya dengan tambahan bayaran sebanyak RM1455 sahaja atau perbezaan bulanan sebanyak RM15 je!


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Axia 

Laman web rasmi Axia  


Perodua Bezza - Dari RM33,456




Bermula daripada RM33,456 untuk varian G manual sehinggalah RM48,356 untuk varian tertinggi Bezza iaitu AV. 

Warna yang ditawarkan adalah Garnet Red, Granite Grey, Sugar Brown, Ocean Blue, Glittering Silver dan Ivory White.


Kelebihan: Perodua Bezza ni boleh dikatakan antara model tak kedekut yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM50,000. Ini kerana varian yang rendahnya masih menerima kelengkapan yang terdapat pada varian yang lebih tinggi seperti lampu LED (depan dan belakang), sambungan Bluetooth, sensor undur dan juga lampu signal pada cermin sisi. 

Keluasan kereta ini juga sangat boleh dipuji terutamanya keluasan kargo kereta yang mencapai 508 liter. Memang sesuailah untuk bawa travel.

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Bezza:


 

Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Bezza?

Kalau anda perasan, Bezza ditawarkan dalam dua jenis enjin berbeza, iaitu 1.0L dan 1.3L. Jadi mana satu jenis enjin nak dipilih? Seperti yang ramai tahu, enjin yang digunakan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pengalaman pemanduan. Enjin 1.3L memiliki output kuasa sebanyak 94 hp, yang sememangnya lebih tinggi berbanding 1.0L. Kuasa ini memberikan keselesaan pemanduan yang lebih sekiranya kereta penuh dengan penumpang. Selain itu, model 1.3L juga memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu 4.5 L/100 km. 

Yang menjadi faktor penting pemilihan bukan sahaja enjinnya, tapi juga ciri keselamatan yang ditawarkan. Jika dilihat daripada jadual di atas, varian AV dilihat lengkap dengan ASA 2.0 sebagai tambahan kepada pelbagai ciri keselamatan yang terdapat pada varian yang lebih rendah. Seperti yang pernah disebut dalam poin sebelum ini, ASA 2.0 merangkumi pelbagai teknologi keselamatan penting. Kalau ada bajet lebih, penulis nasihatkan anda untuk memilih apa yang terbaik demi nyawa anda dan orang yang tersayang.

Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Perodua Bezza 

Laman web rasmi Perodua Bezza


Perodua Myvi - RM41,292




Bermula daripada RM41,292 untuk varian paling asas iaitu G manual sehingga RM52,697 untuk varian tertinggi Myvi iaitu AV. 


Warna yang ditawarkan adalah Electric Blue, Granite Grey, Lava Red, littering Silver dan Ivory White. 




Kelebihan: Kenapa Perodua Myvi antara model kereta paling banyak digunakan atas jalan raya di Malaysia? Ada sebabnya, terutamanya bagi orang muda, model ini menggunakan enjin yang agak berkuasa, tetapi! Mempunyai kadar efisien minyak yang sangat baik, bersesuaian dengan standard segmennya. Belum cerita lagi tentang design kereta ni yang memang style, saiz kabinnya pun cukup luas. Semua kelebihan ni dan banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan varian-varian tertentu dalam harga yang berpatutan membuatkan ramai orang tak fikir banyak kali untuk beli. 


Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Myvi:




Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Myvi?

Untuk varian yang memberikan nilai pembelian terbaik dari segi kadar penggunaan minyak, keselesaan dan keselamatan dalam harga yang paling berpatutan, varian X adalah jawapannya. 


Jika dibandingkan dengan varian lain sama ada yang lebih rendah daripadanya ataupun yang lebih tinggi (berdasarkan anggaran yang dinyatakan atas kertas), kadar penggunaan minyak varian X adalah yang terbaik iaitu 4.7 L/100 km kerana varian lain memiliki anggaran penggunaan minyak sebanyak 4.9 L/100 km atau 5.0 L/100 km. 


Bagi yang suka ‘feel-feel’ mendengar lagu sambil memandu, bermula daripada varian ini anda mendapat speaker belakang dalam versi yang lebih mantap dengan saiz yang lebih besar dan kemudahan butang audio pada stereng. Yang bestnya, untuk model ini juga anda boleh memilih sama ada ingin kereta dilengkapkan dengan teknologi keselamatan ASA atau tidak.


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Perodua Myvi

Laman web rasmi Perodua Myvi


Proton Saga - RM33,954 




Bermula daripada RM33,954.59 untuk varian paling asas iaitu Standard MT sehingga RM41,147.51 untuk varian tertinggi Proton Saga iaitu Premium AT. 


Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.




Kelebihan: Proton Saga dengar je macam model kereta yang biasa-biasa, tapi keselesaannya tak boleh dipertikaikan. Antara ciri penting kesemua varian Protong Saga ini adalah tempat duduknya yang cukup selesa walaupun bagi perjalanan jauh. Bagi pemandu pula, stereng boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Dan yang bestnya, kesemua varian kereta ni lengkap dengan Bluetooth, daripada varian manual sampailah ke premium. 

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Saga:




Apa Varian Terbaik Untuk Proton Saga?


Beza harga yang tak begitu jauh untuk keselesaan tambahan yang agak signifikan jika dibandingan antara varian auto biasa (Standard AT) dengan auto luar biasa (Premium AT). Dengan jarak harga hanyalah lebih kurang RM4k, pembeli boleh mendapatkan teknologi keselamatan dan juga keselesaan yang lebih baik. 


Dari segi keselamatan, Premium AT lengkap dengan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang penting untuk menyelamatkan kereta daripada terbabas dalam pelbagai situasi seperti ketika mengelak halangan, understeer, oversteer atau jalan licin. Penting bukan?


Ciri keselamatan lain yang terdapat pada varian ini dan penting untuk dimiliki oleh semua kereta ialah Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor parkir hadapan dan kamera undur. 


Ciri menarik lain yang ada adalah sistem audio yang lebih mantap seperti teknologi monitor berskrin sentuh 7 inci, 4 speaker dan butang audio pada stereng. Memang berbaloi.


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Proton Saga

Laman web rasmi Proton Saga


Proton Iriz - RM37,964




Bermula daripada RM37,964.83 untuk varian paling asas iaitu 1.3L Standard MT sehingga RM52,384.27 untuk varian tertinggi Proton Iriz iaitu Premium CVT. 


Warna yang ditawarkan adalah Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey. 




Kelebihan: Bagi sesiapa yang meminati kereta hatchback yang sporty dan selesa, Proton Iriz boleh dijadikan pilihan. Saiz kereta ini memang sesuai untuk mereka yang bujang atau mempunyai keluarga kecil. Kereta ini juga memiliki tahap kendalian pemanduan yang mantap. Tak percaya? Boleh test drive nanti.


Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Iriz:




Apa Varian Terbaik Untuk Proton Iriz?


Daripada kesemua pilihan yang ada, dari segi nilai 1.3L Executive CVT adalah pilihan yang terbaik. Varian ini serba-serbi lengkap jika dilihat dari sudut keselamatan dan keselesaan yang ditawarkan. Antara ciri menarik yang ada pada 1.3L Executive CVT dan tiada pada varian lebih rendah adalah sistem audio dengan monitor sentuh bersaiz 7 inci, 4 buah speaker, sambungan smartphone,  butang penghidup enjin, lampu depan Follow Me Home, lampu DRL, lampu depan auto, kamera undur dan sebagainya. 


Beza harganya dengan varian lebih rendah iaitu Standard CVT jika dilihat dari jumlah bayaran ansuran (berdasarkan cara pengiraan penulis seperti yang dimaklumkan pada awal artikel), tidak begitu ketara jaraknya. 


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Proton Iriz

Laman web rasmi Proton Iriz


Penting untuk anda tahu


Model-model kereta yang disenaraikan dalam artikel ini dipilih bukan sahaja dari segi harganya yang rendah tapi juga berdasarkan kadar penggunaan minyak supaya kos pemilikan kereta ini tidaklah terlalu membebankan pembeli. 


Penting juga untuk anda tahu, terutama sekali bagi mereka yang baru pertama kali ingin membeli kereta, harga penyelengaraan kereta adalah bergantung. Dengan kereta baharu, anda boleh mendapatkan waranti penyelenggaraan yang ditawarkan oleh pengedar selama 3 ke 5 tahun. Namun ingat! Sekiranya dalam masa waranti ini anda menggunakan khidmat mekanik luar, waranti akan terbatal secara automatik. Caj penyelanggaran atau pembaikan di luar mungkin lebih mahal atau lebih murah bergantung kepada mekanik yang dihantar. 


Kesimpulannya…


Sudah pun penulis senaraikan apakah kereta yang boleh dibeli di Malaysia dengan gaji kurang daripada RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi dan inginkan kereta yang bukan sahaja murah tetapi juga berbaloi untuk dibeli berdasarkan spesifikasinya. 


Varian terbaik bagi setiap model:



Model kereta mana yang mencuri hati? Myvi, Axia, Saga, Iriz atau Bezza? Dah boleh buat pilihan? Kalau masih lagi tak pasti kereta apa yang nak dibeli, boleh teruskan kajian sampailah anda puas hati. Namun diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2013

SELANGOR

BSE4630

JOHOR

JXW5361

PULAU PINANG

PRQ3608

PERAK

ANV3648

PAHANG

CFB6682

KEDAH

KGA4272

NEGERI SEMBILAN

NEF7221

KOTA KINABALU

SJK7487

KUCHING

QAB3137L

Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ini 4 Model Kereta Yang Banyak Tersadai Di Malaysia: Proton Saga, Wira, Kancil, KIA

Ini 4 Model Kereta Yang Banyak Tersadai Di Malaysia: Proton Saga, Wira, Kancil, KIA

Banyak kereta tersadai sebab memerlukan modal besar untuk dibaiki.

21-04-2025
Berita Auto
Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90

Jualan Proton Mencanak Mac 2025 Sebab Ramai Tempah Proton S70, X90

Jualan kumpulan melonjak 23.9% berbanding Februari dengan semua model menunjukkan pertumbuhan positif

09-04-2025
Berita Auto
FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.

20-03-2025
Berita Auto
Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Di Linkedua

Lagi Kes Pandu Lawan Arus, Kali Ini Di Linkedua

Polis kini sedang giat mencari pemandu Proton Saga.

14-03-2025
Berita Auto
Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!

Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!

Proton Saga tetap mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas.

10-03-2025
Berita Auto
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto
Proton Saga Buatan Mesir Dilancar, Semakin Laku Di Luar Negara

Proton Saga Buatan Mesir Dilancar, Semakin Laku Di Luar Negara

Model ikonik itu dibuat di luar negara selepas Proton memeterai kerjasama bersama pengedar tempatan Kumpulan Ezz Elarab.

28-02-2025
Berita Auto
Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih

Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

25-02-2025

Berita Terkini

Tips
MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan

MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah terutama ketika musim hujan

02-09-2024
Tips
Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Ini 10 perkara penting yang boleh disematkan dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan anak kecil.

24-04-2024
Tips
Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa

Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa

Masihkah anda ingat bagaimana cara pegang stereng kereta?

04-03-2024
Tips
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
Tips
Ambil Tahu Tentang Waranti Kereta Sebelum Beli! Ini Perkara Asas Yang Patut Anda Tahu
Tips
Macam Mana Nak Tahu Tayar Dah Botak?

Macam Mana Nak Tahu Tayar Dah Botak?

Seorang mekanik kongsi tip periksa bunga tayar.

06-11-2023
Tips
Kereta Sedan Bawah RM120K

Kereta Sedan Bawah RM120K

M40 nak beli kereta sedan, ini dia tips untuk anda!

16-08-2023
Tips
[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?

[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?

CariCarz menjelaskan bentuk dan gaya badan yang wujud dalam dunia automotif.

13-04-2023

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.