- Berita
- Berita Auto
- Pecut Dalam 3.6 Saat! Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang GT Speed, Model Paling Berkuasa Bentley
Pecut Dalam 3.6 Saat! Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang GT Speed, Model Paling Berkuasa Bentley
Bentley Motors telah mendedahkan sebuah versi andalan (flagship) baharu bagi Grand Tourer tanpa bumbung (open-top) - Continental GT Speed Convertible.
Kenderaan generasi ketiga ini merupakan model kereta yang paling berkuasa, interpretasi yang berfokus pada pemandu bagi kereta Grand Tourer yang convertible.

Enjin yang digunakan oleh model yang berprestasi tinggi ini ialah enjin 6.0 liter W12 TSI dwi-cekam serta transmisi 8 kelajuan. Enjin yang digunakan dapat menjana kuasa kuda sehingga 649 hp dan tork mencecah 900 Nm. Pecutan daripada 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa hanya 3.6 saat dengan kelajuan tertinggi pada 335 km/j. Merupakan buatan tangan daripada Crewe, Cheshire, England, enjin ini ialah enjin 12 silinder yang termaju di dunia. Kedua-dua enjin dan transmisinya telah diubah dan direka supaya bersesuaian dengan kemampuan kereta.

Ciri baharu yang terdapat pada kereta ini adalah bumbung eksklusif dengan lipatan Z atau 'Z-fold' yang boleh digunakan atau dilipat dalam masa hanya 19 saat, menjadikan kereta daripada sebuah coupe mewah kepada Grand Tourer tanpa bumbung dengan hanya satu sentuhan butang. Ciri lain adalah kemasan unik yang terdapat pada ruang luaran dan dalam kereta iaitu ambang sport Speed, gril berwarna gelap dengan logo Speed dan juga rim Speed 22 inci. Bergerak ke bahagian dalam kereta, terdapat logo Speed pada sudut fascia penumpang. Bahagian sterengnya pula menggunakan balutan Alcantara yang dikemaskan dengan warna unik.




Direka serta dihasilkan dengan tangan di kilang automotif mewah tanpa karbon Bentley, ciri-ciri yang diketengahkan membuatkan kereta ini memiliki tahap ketangkasan yang tinggi tanpa memberi kesan kepada keselesaan pengguna sepertimana sering ditawarkan Continental GT Convertible. Kenderaan ini turut menampilkan penggunaan teknologi cesi yang telah ditambah baik serta stereng pacuan semua roda, electronic rear differential dan juga pilihan brek seramik karbon.
Continental GT Speed Convertible menggunakan pacuan semua roda aktif yang mana kawalan cengkaman dan juga agihan tork telah ditentukur (calibrated) dalam semua mod pemanduan untuk memastikan pemandu dapat merasakan perubahan shift.
Menawarkan tiga mod pemanduan berbeza iaitu BENTLEY, COMFORT dan SPORT, ketiga-tiga mod ini beroperasi dengan teknologi cesi Bentley iaitu suspensi udara aktif tiga ruang dengan redaman adaptif, serta Bentley Dynamic Ride yang merupakan sistem kawalan anti-roll aktif 48V. Kombinasi kesemua teknologi ini menjadikan kereta memiliki kawalan badan dan juga keselesaan yang lebih tinggi.
Sistem brek seramik karbon juga diperkenalkan sebagai pilihan untuk Speed. Sistem ini menggunakan material berprestasi tinggi bagi mengurangkan kuasa yang diperlukan brek untuk menurunkan pergerakan pada kelajuan tinggi serta mengurangkan risiko brek haus.
Grand Tourer tanpa bumbung yang terbaharu ini bakal menyertai barisan coupe Continental GT Speed yang lain yang telah diumumkan pada bulan Mac lalu.

Continental GT Speed ialah sebuah model kereta Bentley yang paling berkebolehan, bertumpu kepada prestasi yang menggunakan enjin dan transmisi yang sama seperti GT Speed Convertible. Ini menghasilkan kuasa output yang sama dengan model kereta tersebut iaitu 649 hp dan 900 Nm dengan kelajuan tertinggi mencapai 335 km/j serta mampu memecut daripada pegun ke 100 km/j dalam hanya 3.6 saat.

Mengenai bahagian luarannya, ketelitian yang diberikan kepada setiap inci badan kereta membuatkan kereta ini kelihatan berkuasa sepertimana yang sering dilihat pada kereta Continental GT. Ciri luaran yang terdapat padanya ialah gril radiator dan bampar rendah berwarna gelap, ambang sport yang diperbaharui, rim Speed 22 inci serta ambang yang diletakkan dengan treadplate Bentley.

Sementara itu, bahagian dalam kabinnya pula dipasangkan dengan material buatan tangan yang hanya terdapat pada kereta Speed seperti warna dua tona yang unik dan juga logo Speed yang elegan pada fascia penumpang yang padan dengan bahagan luaran kereta. Didatangkan secara standard pada kedua-dua buah model kereta ini adalah jahitan berlian dalam berlian Bentley yang diletakkan pada penyandar kepala.


Seperti yang terdapat pada semua Continental GT, kereta ini memiliki empat buah tempat duduk dengan kapasiti bagasi sebanyak 358 liter. Ini membolehkan pengguna meletakkan beberapa buah beg pakaian atau satu set gold club.
Continental GT Speed bukan sahaja menawarkan prestasi yang mengagumkan, tetapi ia juga memiliki tahap kecekapan yang tinggi disebabkan oleh penggunakan teknologi Stop-Start Bentley. Teknologi ini membolehkan enjin berehat bukan hanya ketika kereta sedang melahu (idle), tapi juga semasa berada pada kelajuan hampir berhenti (near-to-stop).
Dalam sesetengah situasi, sistem Variable Displacement Bentley akan mematikan separuh daripada enjin 12 silinder. Namun begitu, perubahan ini tidak dapat dirasakan oleh pemandu. Untuk meningkatkan tahap efisien bahan api, bahagian-bahagian seperti injap pengambilan (intake) dan ekzos, suntikan bahan api, dan ignition dimatikan. Kesannya, enjin hanya beroperasi dengan enam silinder.
Di samping panel instrumen berteknologi canggih, Continental GT Speed turut menggunakan Bentley Rotating Display.
Continental GT Speed Convertible dan GT Speed sudah mula ditawarkan di kesemua pasaran kecuali China. Buat masa ini ianya boleh didapati di EU27, UK, Switzerland, Israel, Ukraine, Norway, Turkey dan Vietnam.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4017
SELANGOR
BST5462
JOHOR
JD8426J
PULAU PINANG
PSF4203
PERAK
APL3477
PAHANG
CFH6708
KEDAH
KGH9582
NEGERI SEMBILAN
NEL7517
KOTA KINABALU
SJT9633
KUCHING
QAB5356P
Terakhir Kemas Kini 10 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Berita Terkini
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ
Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.
08-09-2026
Berapa Harga TQ Wuling Bingo?
Sempena Hari Malaysia, varian Pro kini bermula RM56,800 manakala varian Max berharga RM63,800.
08-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat