Polis Cadang Penggunaan Nombor Plat Dengan Cip Keselamatan
Sebagai salah satu langkah efektif bagi mengurangkan kadar kes jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar kenderaan di negara Malaysia diseragamkan dengan nombor pendaftaran standard yang digabungkan dengan cip keselamatan (e-plate).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penggunaan sistem ini dicadangkan kepada kerajaan sebagai usaha untuk mengikuti perubahan teknologi dan supaya dapat berhadapan dengan jenayah yang semakin canggih dan mencabar.
"Sudah tiba masa negara kita menggunakan nombor pendaftaran standard dilengkapi cip keselamatan atau e-plate yang mana ia sudah lama digunakan di negara maju selain di Singapura dan Thailand.
"Kalau kita tengok, nombor pendaftaran standard tanpa cip keselamatan dipakai di Indonesia, Vietnam dan Laos tetapi kita masih menggunakan nombor pendaftaran yang cacamarba, termasuk nombor pendaftaran 'fancy' dan sebagainya.
"Sekiranya penggunaan nombor pendaftaran diseragamkan, ia dapat mencegah jenayah. Sukar untuk individu atau penjenayah membuat nombor pendaftaran palsu dan sebagainya kerana ia diselaraskan dan hanya satu badan atau jabatan membuat nombor pendaftaran.
"Disamping itu, ia akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketidakpatuhan pengguna jalan raya, termasuk tidak mematuhi lampu isyarat," katanya dalam program Ruang bicara PDRM terbitan Bernama TV bertajuk 'Trend Jenayah Semasa Penularan Pandemik COVID-19' baru-baru ini.
Tambahnya lagi, penggunaan e-plate dapat mengurang kes kecurian kereta yang merupakan jenayah tertinggi di negara ini.
Menurutnya, cadangan itu telah diusulkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH2397
SELANGOR
BSF6825
JOHOR
JYA9758
PULAU PINANG
PRR7067
PERAK
ANW9265
PAHANG
CFC2759
KEDAH
KGB1103
NEGERI SEMBILAN
NEG3044
KOTA KINABALU
SJL4069
KUCHING
QAB5485L
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
Gara-Gara Gagal Potong Treler Di Garisan Kembar, Pemandu Proton Wira Maut
Sebuah treler yang membawa muatan lebih 900 tong gas terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson semalam.
25-06-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup
Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.
24-06-2025
Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?
JPJ kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen melanggar peraturan jalan raya.
24-06-2025
Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ditutup Sebab Pesawat TUDM Tergelincir
Landasan di KIA ditutup sementara susulan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan.
23-06-2025
JPJ Audit 500 Syarikat Pengendali Bas, Lori – Pematuhan Keselamatan, Saman Tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pemeriksaan dan audit keselamatan terhadap 500 syarikat pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perdagangan Barangan (KPB).
23-06-2025
Curi Kabel ECRL, Menteri Pengangkutan Sudah Arah Ambil Tindakan Tegas
Gara-gara kecurian kabel, kegiatan itu sebenarnya boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek ECRL.
23-06-2025
Sah! Aerotrain KLIA Bakal Operasi 1 Julai Ini," - Loke
Penangguhan operasi sebelum ini adalah berdasarkan hasil ujian teknikal yang memerlukan penambahbaikan.
23-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat