ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Di sebalik pandemik Covid-19, Porsche nampaknya masih mampu mencatatkan keuntungan operasi biarpun suasana ekonomi semakin suram. 

Dalam tempoh yang mencabar ini, Porsche AG dilihat berjaya mencapai keuntungan operasi  sebanyak €1.2 bilion pada  suku pertama tahun 2021, berbanding suku pertama 2020 dimana pada tahun lalu, ia cuma mencatatkan keuntungan €572 juta.




Pendapatan jualan syarikat itu juga meningkat dari €6 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada €7.7 bilion pada tahun ini. Ini bermakna terdapat  peningkatan sebanyak 28 peratus.

Bagaimanapun, pulangan jualan juga meningkat dari 9.5 peratus kepada 16.2 peratus.




“Kami telah memulakan tahun ini dengan baik dan kami menjangka sekali lagi akan mencapai matlamat pulangan jualan sebanyak 15 peratus dalam fiskal tahun ini.

“Bagi mencapai tanda aras ini, ia merupakan satu pencapaian yang agak besar kerana kami telah melabur lebih banyak berbanding pelaburan dalam elektrifikasi, digital dan kelestarian,” kata Timbalan Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif bertanggungjawab bagi Kewangan dan IT, Lutz Meschke.

Tambah beliau,  berdasarkan angka suku tahunan, ia menunjukkan syarikatnya berada dalam kedudukan yang sangat baik  terutamanya dari segi kos dan unjuran pendapatan.





Syarikat itu telah melakukan penghantaran kira-kira 72,000 kenderaan di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun ini sekali gus menunjukkan peningkatan 36 peratus pada tahun ke tahun.

Menerusi 22,458 pembelian kereta keluaran syarikat itu, model Macan dikatakan paling laris dijual setakat ini.

Ia kemudian diikuti dengan Taycan yang merupakan kereta sport elektrik pertama Porsche. 

Malah, syarikat berkenaan telah melakukan penghantaran Taycan sebanyak 9,072 kali. 





“Hakikatnya, kami mempunyai pasukan yang kuat di sebalik angka peningkatan jualan syarikat. Hasil kerja berpasukan akhirnya  membolehkan syarikat berada pada kedudukan yang kukuh biarpun terpaksa melalui saat-saat getir,

“Kami menyasarkan untuk menjual lebih banyak lagi model Taycan pada tahun ini,” kata Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG, Oliver Blum.

Pada suku pertama, pihaknya telah berjaya menghantar hampir separuh daripada jumlah keseluruhan model kereta elektrik pada tahun lalu.

Berdasarkan data, kira-kira 50 peratus pembeli merupakan pelanggan baharu mereka. Penjualan Taycan meningkat memandangkan ia mendapat permintaan tinggi daripada para peminat Taycan.




“Aliran tunai yang mencecah lebih €1.5 bilion  menunjukkan bahawa kami beroperasi dengan margin yang kukuh.

“Di sebalik kejayaan ini, kami sedar bahawa kami terpaksa menempuh cabaran yang luar biasa ketika ini. Oleh itu, kami akan terus mencari sumber potensi baharu untuk pendapatan dan simpanan,” kata Meschke. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.