Potongan 70 Peratus Hanya Sah Sehingga 11 Jun ini.
Anda masih belum terlambat untuk menjelaskan kompaun atau saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tertunggak sejak sekian lama.
Ini kerana tempoh diskaun 70 peratus itu bakal berakhir pada 11 Jun depan.

Maka, masih ada baki lebih kurang dua minggu lagi untuk “membersihkan nama” anda di dalam sistem JPJ.
Sebelum nama anda disenarai hitamkan, anda dinasihatkan supaya tidak melepaskan peluang ini untuk membayar saman tertunggak.
Menurut laman rasmi Facebook JPJ, pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus sejak 13 April lalu.
Bagaimanapun, tawaran diskaun itu akan berakhir pada 11 Jun depan menyebabkan JPJ mengingatkan orang ramai supaya menjelaskan saman dan kompaun dengan segera sebelum tempoh tawaran itu tamat.

Pengurangan diskaun itu hanya diberikan kepada saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
3.5 Saman Masih Tertunggak
Lebih mengejutkan lagi, Kementerian Pengangkutan turut mendapati sekurang-kurangnya 3.5 juta saman JPJ masih belum diselesaikan sejak tahun 2010 hingga Mac tahun ini.
Fuhh, 3.5 juta saman masih belum dibayar?

Jika anda salah seorang daripada pesalah trafik yang masih gagal melunaskan bayaran saman, rebutlah potongan 70 peratus ini sebelum terlambat!
Malah, pengurangan saman itu dilihat sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.

Sehubungan itu, pembayaran saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ, cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), kiosk dan portal JPJ.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat