- Berita
- Berita Auto
- Mahkamah Norway Mengarahkan Tesla Membayar Setiap Pemilik Yang Terjejas Sebanyak RM67,497
Mahkamah Norway Mengarahkan Tesla Membayar Setiap Pemilik Yang Terjejas Sebanyak RM67,497
Sebuah mahkamah di Norway mendapati Tesla bersalah gara-gara tindakan syarikat pengeluar kereta itu mengemas kini satu perisian pada tahun 2019 yang menyebabkan jangka hayat bateri dan pengecas bateri kereta menjadi perlahan.

Tindakan Tesla itu menyebabkan lebih 30 pelanggan Norway yang terjejas mengemukakan saman ke atas Tesla sekitar tahun Disember 2020.
Menerusi pra-kemas kini dan pemeriksaan selepas kemas kini perisian itu, terdapat bukti bahawa para pelanggan terpaksa mengambil masa yang lama untuk tempoh pengecasan kenderaan mereka sebaik perisian itu dinaik taraf.
Prestasi yang teruk itu turut menjejaskan kenderaan Tesla model S yang dikeluarkan sekitar tahun 2013 dan 2015.

Kebanyakan pemilik Tesla mengalami masalah selepas Tesla mengemas kini perisian 2019.16.1 dan 2019.16.2 sekali gus menyebabkan pengurangan ketara dalam julat caj tunggal dimana ia kini hanya mampu melakukan perjalanan sekitar 19 hingga 48 kilometer.
Malah, kelajuan pengecasan pada pengecas pantas DC juga dipengaruhi setelah perisian itu dikemas kini.
Perkara ini turut disedari pemilik kenderaan Tesla apabila kebanyakannya mendakwa mereka telah mencatatkan masa pengecasan yang jauh lebih perlahan berbanding sebelum perisian itu dikemas kini.
Sepanjang tempoh itu, Tesla dikatakan telah menjual sekitar 100,000 unit model S di Norway.
Jadi, syarikat itu berkemungkinan berhadapan dengan saman berjumlah AS$163 juta (RM675 juta) sekiranya kesemua pelanggan membuat keputusan untuk menyaman Tesla.
Oleh itu, pada 29 April lalu, Mahkamah Norway mengarahkan Tesla untuk membayar AS $16,294 (RM67,497) untuk setiap pelanggan yang terjejas selewat-lewatnya 31 Mei ini atau mengemukakan kes rayuan terhadap Lembaga PeRdamaian Oslo pada 17 Jun depan.
Sebaliknya, Tesla di Norway tidak memfailkan sebarang maklum balas dan juga tidak hadir untuk mendengar keputusan penghakiman.
Berdasarkan tuntutan yang dibuat Tesla, ia mendakwa pihaknya telah mengemas kini perisian untuk melindungi bateri dan menaik taraf jangka hayat baterinya.
Syarikat itu juga mendakwa tindakan mengemas kini perisian itu hanya menjejaskan sebilangan pemilik Tesla.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Tesla berhadapan dengan tuntuan akibat pengecasan bateri yang perlahan di mahkamah memandangkan seorang pemilik kereta Tesla pernah menyaman pembuat kereta itu di mahkamah persekutuan California Utara pada tahun 2019.
Tesla didapat bersalah atas kesalahan yang sama apabila syarikat itu pernah mengemas kini perisiannya.
Menurut Persekutuan Jalan Raya Norway (OFV), Norway dilihat telah mengatasi Eropah dalam penggunaan kenderaan elektrik. Sebanyak 54 peratus kenderaan bateri elektrik menyumbang kepada jualan kenderaan baharu pada tahun lalu.
Kereta Audi e-tron dikatakan paling laris dijual dan diikuti dengan Model S.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

