Harga Renault Captur E-Tech Hibrid Didedahkan Secara Umum Di Eropah!
Renault mendedahkan harga Renault Captur E-Tech Hibrid dimana harganya bermula dari €27,100 (RM 133,825) untuk varian Zen, manakala bagi varian Business pula RM136,788 dan varian Intens (RM146,664).
-full.jpg)
Renault dikatakan bekerjasama dengan pasukan Renault R1 untuk membawa masuk teknologi hibrid E-TECH yang lebih inovatif dan eksklusif.
Biarpun, ia yang memiliki hampir 150 paten, syarikat berkenaan masih berupaya menghasilkan dua jenis enjin hibrid yang hadir bersama dan tanpa keupayaan pengecasan semula.

Kenderaan itu juga hadir dengan cengkaman bateri dan kotak gear automatik pintar yang menerima daya tenaga dari motor elektrik atau termal.
Dengan penggunaan teknologi hibrid, pemandu dapat menikmati pemanduan secara elektrik hampir 80 peratus di sekitar jalan bandar termasuk mendapat jaminan 100 peratus untuk permulaan elektrik pada bila-bila masa sahaja.
Renault Captur E-Tech Hibrid juga dapat menjimatkan bahan bakar hampir 40 peratus berbanding kitaran motor termal.
Bagaimanapun, kesemua varian Renault Capture dilengkapi dengan teknologi Hibrid E-TECH.
Malah, tempahan model Renault RS Line dan Initiale Paris dilaporkan akan dibuka dalam beberapa minggu lagi.
-full.jpg)
Motor hibrid terkini merupakan tambahan secara keseluruhan kepada motor berkenaan memandangkan ia boleh dicas semula sama seperti Captur E-TECH Plug-In 160.
Jentera itu hadir dengan pilihan petrol (TCe 90), petrol mikro-hibrid (TCe 140 dan 140 EDC) termasuk enjin LPG-petrol (TCe 100 LPG).
Sebagai tambahan kepada peningkatan standard yang serupa dengan enjin pembakaran dalaman, Captur E-TECH Hybrid juga dilengkapi dengan mod seperti brek regeneratif dan pemulihan tenaga (E-shifter dan transmisi automatik).
-full.jpg)
-full.jpg)
Aliran tenaga dikatakan boleh dilihat secara langsung di bahagian papan pemuka tengah manakala, butang EV boleh ditukar kepada mod elektrik secara sepenuhnya.

-full.jpg)
Menyentuh mengenai varian Zen, ia hadir dengan papan pemuka bersaiz tujuh inci termasuk penghawa dingin dan pengaktifan lampu hadapan secara automatik.
Sehubungan itu, Renault Captur E-Tech Hibrid yang terdiri daripada tiga varian itu boleh didapati di semua pengedar sah Renault di negara-negara Eropah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

