Lain Macam! Nissan Patrol NISMO 2021 Ini Bergaya & Berprestasi Sporty Luar Biasa!
Nissan telah mendedahkan kepada orang ramai tentang kehadiran Nissan Patrol NISMO 2021 sebagai tanda pembukaan babak terbaharu dalam barisan kereta prestasi keluaran Nissan.
Dalam pelancaran maya yang diadakan di Expo Dubai 2020 ini previu Patrol dalam versi yang dililhamkan daripada sukan perlumbaan telah diadakan. Versi baharu ini dikatakan memiliki rekaan bahagian luaran yang cukup menyerlah kerana diberikan sentuhan mewah. Dalam masa yang sama, ciri mewah ini disempurnakan dengan kemampuan prestasi sebuah kereta sport.
Hanya ditawarkan secara eksklusif di negara Timur Tengah, pelancaran versi baharu ini juga diadakan bagi meraikan tahun ke-70 selepas pertama kali Nissan Patrol diperkenalkan iaitu pada tahun 1951.
Nissan Patrol Generasi Pertama, Dikeluarkan Pada Tahun 1951-1960
Nissan Patrol NISMO merupakan sebuah model warisan yang penting bagi Nissan sebagai sebuah jenama sukan permotoran. Bahagian luaran kereta ini diperhalus dengan ciri aerodinamik dan teknologi suspensi yang optimum berserta daya angkat sifar (zero lift force). Kereta ini juga memiliki ciri pengendalian yang dipertingkat dan ciri ergonomik yang diilhamkan daripada sukan perlumbaan. Ciri lain yang ada ialah Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang terbaharu.
Nissan Patrol NISMO Terbaharu, Ulang Tahun Nissan Patrol Ke-70
Pengarah pengurusan Nissan Timur Tengah, Thierry Sabbagh berkata, "Sejak pelancaran jenama NISMO di sini, kami mendengar kata pelanggan untuk memahami keperluan mereka yang kian berkembang, dan bekerja dengan pasukan kami di peringkat global untuk memberikan produk NISMO yang bukan hanya memiliki apa yang pelanggan inginkan, tetapi juga dapat menaikkan pengalaman (penggunaan) Patrol yang ikonik ini kepada satu tahap yang baharu. Dengan Patrol NISMO 2021, pelanggan dapat menikmati keseronokan dalam mengendalikan sebuah kereta yang memiliki semangat perlumbaan dan (yang dapat) menarik perhatian (orang ramai) apabila digunakan di jalan."
Nissan Patrol NISMO dengan ciri penghasilan berkualiti tinggi ini kini menyertai 'keluarga'nya yang lain iaitu 370Z NISMO dan GT-R NISMO.
Menurut Sabbagh, penambahbaikan yang telah dilakukan kepada Patrol NISMO 2021 menjadikan kereta ini sebagai standard terpenting bagi Nisaan dalam aspek prestasi dan kemewahan.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 yang ditala oleh pasukan Takumi Nissan. Pasukan ini adalah membabitkan sekumpulan empat individu yang memiliki kepakaran yang tinggi dalam pembinaan enjin. Enjin ini membolehkan Patrol NISMO menjana sehingga 428 hp kuasa kuda dan 560 Nm tork.
Patrol versi baharu ini memiliki fascia depan yang berbeza, lengkap dengan gril berbentuk honeycomb 3D V-Motion, lampu depan baharu dan juga garisan memanjang berwarna krom yang diletakkan dengan logo NISMO. Bampar belakang kereta yang direka dengan simetrikal menampakkan lagi kelebaran kereta. Aura kereta ini bertambah menyerlah dengan kemasan krom gelap dan juga lampu belakang baharu yang diperbaharui. Ciri lain yang terdapat pada kereta ini adalah lampu kabus belakang LED yang diilhamkan daripada kereta F1 Nissan. Lampu ini mengeluarkan keterangan cahaya yang sama dengan lampu brek kereta dalam situasi yang penting.
Garisan istimewa NISMO yang berwarna merah dapat dilihat membaluti bahagian tepi tapak kenderaan. Sementara itu, rim aluminium dua tona 22 inci yang digunakan memiliki logo NISMO. Kenderaan ini turut dilengkapi dengan penyerap hentak Bilstein, untuk memberikannya ciri pengendalian yang lebih sporty.
Di samping itu, kereta ini dimuatkan dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang terbaharu. Teknologi ini adalah merangkumi Brek Kecemasan Pintar dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar, Cermin Pandang Belakang Pintar dan juga Bantuan Lampu Suluh Tinggi. Patrol NISMO menyokong sambungan Apple CarPlay. Untuk kemudahan pengecasan pula, kereta ini lengkap dengan pengecasan tanpa wayar, port USB (A dan C).
Ruang dalam kereta ini diperindah dengan upholsteri fabrik Alcantara dengan balutan kulit pada bahagian tepi. Uphosteri ini sepadan dengan warna hitam Alcantara pada stereng kereta. Logo NISMO diletakkan pada tempat meletak kepala. Turut dapat dilihat, rekaan konsol tengah dan juga papan pemukanya telah diberikan nafas baharu. Kesenyapan kabin dan juga penyejuk udara pada tempat duduk barisan kedua kereta ini telah ditambahbaik untuk memastikan keselesaan yang optimum sepanjang pemanduan.
Nissan Patrol NISMO 2021 mula ditawarkan di seluruh negara Timur Tengah daripada bulan April 2021 dengan harga yang bermula daripada AED 385,000 (RM 431,044.48) termasuk VAT. Harga mungkin berubah mengikut pasaran.
Gallery




Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM7292
SELANGOR
BSG8294
JOHOR
JYE5934
PULAU PINANG
PRT1522
PERAK
ANY8048
PAHANG
CFD1142
KEDAH
KGB6714
NEGERI SEMBILAN
NEG6533
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8643L
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.14
+0.03
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Berita Terkini
Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.
07-08-2025
Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR
Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.
07-08-2025
Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial
Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.
06-08-2025
Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China
BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.
06-08-2025
Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos
Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.
06-08-2025
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan
Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
06-08-2025
MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?
MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.
06-08-2025
PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan
Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.
06-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat