Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!
Baru-baru ini, GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR) bersama dengan Subaru Corporation (Subaru).
Dijadualkan untuk dilancarkan di Jepun pada musim luruh 2021, kenderaan ini adalah model global ketiga dalam siri kereta sport GR TGR selepas GR Supra dan GR Yaris.

Pada tahun 2012, 86 telah dibangunkan dengan tujuan untuk merealisasikan impian dan keseronokan pemanduan yang kebiasaannya ditawarkan pada sebuah kereta sport. Kenderaan berenjin depan, pacuan roda belakang dengan tahap pengendalian serta responsif yang tip top, 86 digunakan sebagai model asas dalam sukan permotoran seperti rally, perlumbaan 'one-make', 'dirt trial' sehinggalah kepada acara perlumbaan tertentu yang lebih spesifik. Lebih daripada 200,000 unit GR 86 telah dijual di seluruh dunia. Ini membuktikan kebolehpercayaan ataupun tahap reliability kereta kepada pemiliknya.
Baru-baru ini, GR 86 yang terbaharu daripada TGR dan juga Subaru daripada BRZ telah dibangunkan bersama, menawarkan dua kenderaan berbeza yang dihasilkan berlandaskan model asas yang sama namun dengan pengalaman pemanduan yang berbeza. TGR menghasilkan kenderaan yang boleh memberikan kepuasan kepada peminat 86, memastikan evolusi kepada keunikan pemanduan kereta tersebut. Hasilnya, adalah GR 86, sebuah model kereta yang direka dengan prestasi sukan yang dapat memberikan kepuasan sebenar kepada pemandu.

Ciri utama GR 86 adalah enjin empat silinder 2.4 liter kompak yang membolehkan kereta untuk memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.3 saat, ini adalah 1.1 saat lebih pantas berbanding model kereta sebelumnya. Ia turut menampilkan penggunaan teknologi EyeSight Driver Assist Subaru. Teknologi ini dapat membantu memberi sokongan keselamatan kepada penumpang melalui ciri-ciri seperti teknologi pra-pelanggaran, sokongan penyelamat untuk kecemasan dan juga sokongan penghindaran pelanggaran sekunder.

Tidak begitu banyak yang dilakukan ke atas model baharu ini melainkan perubahan-perubahan yang dapat memastikan 86 mampu memberikan prestasi yang lebih baik daripada model yang sebelumnya. Antara sentuhan baharu yang diberikan adalah dari segi reka bentuk body kit, tahap responsif engin, ketangkasan, kekukuhan badan kereta.
Apakah pendapat anda tentang GR 86 yang serba baharu ni? Anda setuju tak kalau dikatakan bahawa kereta ini adalah upgrade daripada model terdahulu? Jom kongsikan apa yang anda rasa di ruangan komen di bawah!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



