ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini, GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR) bersama dengan Subaru Corporation (Subaru).  

Dijadualkan untuk dilancarkan di Jepun pada musim luruh 2021, kenderaan ini adalah model global ketiga dalam siri  kereta sport GR TGR selepas GR Supra dan GR Yaris.  



Pada tahun 2012, 86 telah dibangunkan dengan tujuan untuk merealisasikan impian dan keseronokan pemanduan yang kebiasaannya ditawarkan pada sebuah kereta sport.  Kenderaan berenjin depan, pacuan roda belakang dengan tahap pengendalian serta responsif yang tip top, 86 digunakan sebagai model asas dalam sukan permotoran seperti rally, perlumbaan 'one-make', 'dirt trial' sehinggalah kepada acara perlumbaan tertentu yang lebih spesifik.  Lebih daripada 200,000 unit GR 86 telah dijual di seluruh dunia. Ini membuktikan kebolehpercayaan ataupun tahap reliability kereta kepada pemiliknya.  

Baru-baru ini, GR 86 yang terbaharu daripada TGR dan juga Subaru daripada BRZ telah dibangunkan bersama, menawarkan dua kenderaan berbeza yang dihasilkan berlandaskan model asas yang sama namun dengan pengalaman pemanduan yang berbeza.  TGR menghasilkan kenderaan yang boleh memberikan kepuasan kepada peminat 86, memastikan evolusi kepada keunikan pemanduan kereta tersebut.  Hasilnya, adalah GR 86, sebuah model kereta yang direka dengan prestasi sukan yang dapat memberikan kepuasan sebenar kepada pemandu. 


 

Ciri utama GR 86 adalah enjin empat silinder 2.4 liter kompak yang membolehkan kereta untuk memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.3 saat, ini adalah 1.1 saat lebih pantas berbanding model kereta sebelumnya.  Ia turut menampilkan penggunaan teknologi EyeSight Driver Assist Subaru. Teknologi ini dapat membantu memberi sokongan keselamatan kepada penumpang melalui ciri-ciri seperti teknologi pra-pelanggaran, sokongan penyelamat untuk kecemasan dan juga sokongan penghindaran pelanggaran sekunder.  


Tidak begitu banyak yang dilakukan ke atas model baharu ini melainkan perubahan-perubahan yang dapat memastikan 86 mampu memberikan prestasi yang lebih baik daripada model yang sebelumnya. Antara sentuhan baharu yang diberikan adalah dari segi reka bentuk body kit, tahap responsif engin, ketangkasan, kekukuhan badan kereta.  

Apakah pendapat anda tentang GR 86 yang serba baharu ni? Anda setuju tak kalau dikatakan bahawa kereta ini adalah upgrade daripada model terdahulu? Jom kongsikan apa yang anda rasa di ruangan komen di bawah!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7314

SELANGOR

BSU9301

JOHOR

JH1719J

PULAU PINANG

PSH2981

PERAK

APM7926

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7457

NEGERI SEMBILAN

NEM5426

KOTA KINABALU

SJV1073

KUCHING

QAB9646P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-01-2026
Global

08-12-2025
Global

17-11-2025
Global

31-10-2025
Kereta Baru

22-09-2025
EV

18-07-2025
Global

18-04-2025
EV

17-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.