- Berita
- Berita Auto
- RM820K+ Berjaya Dikutip Dalam Lelongan Kereta Porsche Unik Ni! Tapi Hasil Jualan Porsche Bagi Dekat...
RM820K+ Berjaya Dikutip Dalam Lelongan Kereta Porsche Unik Ni! Tapi Hasil Jualan Porsche Bagi Dekat...
Porsche Taycan Artcar oleh Richard Phillips telah berjaya dijual pada harga USD$ 200,000 (RM 820,800.00)!

Pengkarya terkenal Amerika, Richard Phillips telah menjadikan badan sebuah Porsche Taycan sebagai kanvas curahan idea kreatif beliau. Rekaan yang terdapat pada kereta ini adalah satu-satunya rekaan seumpamanya, memang unik dan berwarna-warni! Karya kreatif ini dihasilkan dengan bantuan daripada pakar-pakar aplikasi di SIGNal Design.

Artcar ini dilengkapi dengan ciri tambahan daripada Porsche Exclusive Manufaktur: "Queen of the Night" dapat dilihat tertulis pada panel ambang pintu dan terdapat projektor yang menerangi bahagian bawah lantai yang terdapat tandatangan Phillips sebaik pintu dibuka. Projek kreatif ini diilhamkan daripada hasil karya pelukis lanskap yang agung kelahiran Swizerland, Adolf Dietrich.

Adolf Dietrich (1877-1957)
S
Salah satu karya daripada Adolf Dietrich

Menurut Phillips, "Warna yang indah 'Queen of the Night' menyerlah pada bahagian belakang kereta di mana bunga mengembang sehingga menutupi keseluruhan bampar dan diterangi (dengan cahaya) yang dramatik oleh bar lampu melintang eksklusif yang terdapat pada kereta Taycan. Idea asal yang membentuk konsep 'Queen of the Night' ini adalah untuk menjadikan Taycan sebagai ikon mobiliti elektrik dan kelajuan."

Karya seni bergerak yang menggunakan kereta sport elektrik sepenuhnya pertama Porsche ini telah dihasilkan di Zurich dan dijual dalam satu bidaan yang dibuat dalam talian di seluruh dunia pada 6-13 April yang lalu.

Namun begitu, hasil jualan ini bukanlah untuk keuntungan Porsche, kerana Porsche Schweiz AG menyumbangkan hasil jualan kereta ini kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Suisseculture Sociale. Sebelum mendapat pembeli, Taycan Artcar telah dipamerkan di Porsche Center Zug.

Porsche Center Zug

"Di samping sumbangan itu sendiri, saya gembira (melihat) bagaimana bidaan ini telah menarik minat (orang ramai) di peringkat antarabangsa terhadap usaha penting yang dilakukan oleh Suisseculture Sociale. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membuat bidaan, tahniah kepada pembida tertinggi," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Schweiz AG, Michael Glinski.




Suisseculture Sociale telah ditubuhkan 20 tahun yang lalu untuk menyokong pengkarya kreatif tanpa mendapatkan sebarang bantuan dana daripada orang awam. Organisasi ini memberi sokongan kepada semua pengkarya profesional dan sepenuh masa dalam semua bidang artistik yang tinggal di Switzerland atau memegang kewarganegaraan negara ini. Ketika pandemik, Swiss Confederation (Gabungan Switzerland) telah memberikan tugas kepada organisasi ini untuk mengagihkan bantuan kecemasan kerajaan kepada sektor kebudayaan.
"Saya ingin megucapkan terima kasih kepada Porsche atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kerana pandemik Covid-19 masih lagi ada dengan kita dan kemungkinan masa yang lama diambil sebelum kreatif budaya dapat kembali kepada asal. Selain itu, bantuan daripada sektor swasta adalah sangat penting," ujar presiden Suisseculture Sociale, Nicole Pfister Fetz.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat