ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Kata Pengeluar Kereta Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rata-rata pemain industri automotif di negara ini menyambut baik langkah pengecualian cukai jualan (SST) ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) yang dilanjutkan selama enam bulan lagi.


Keputusan itu merupakan  sebahagian daripada bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan malam tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini.


Di sebalik keputusan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Dr Claus Weidner menyambut baik keputusan kerajaan.


“Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini.

“Pada tahun lalu, syarikat menyaksikan manfaat yang amat ketara berikutan pelaksanaan pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan. 

“Tindakan ini dilihat sekurang-kurangnya dapat membantu pemain industri automotif pulih dengan segera selain diharapkan ia dapat meningkatkan permintaan dan memacu industri automotif,” katanya kepada Caricarz dalam satu kenyataan petang tadi.

Senada dengan Weidner ialah wakil pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd. Beliau pula berpendapat keputusan itu dilihat bertepatan dengan pelaksanaan total lockdown baru-baru ini.

Beliau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk membantu memulihkan industri automotif di negara ini.


“Dengan adanya inisiatif seperti ini, ia sedikit sebanyak membolehkan usaha jualan kenderaan kembali pulih walaupun pusat pameran terpaksa ditutup berikutan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat,” katanya ringkas ketika dihubungi Caricarz.

Sementara itu,  Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya turut  menyokong sepenuhnya semua langkah dan keputusan yang diambil oleh kerajaan.


“Keputusan ini sememangnya dinanti-nantikan semua pemain industri automotif. Kami akui jualan kenderaan terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selain total lockdown,” katanya ketika dihubungi Caricarz.

Bagaimanapun, tambah beliau, menerusi insentif berkenaan,  pihaknya berharap langkah tersebut dapat meningkatkan jualan kenderaan sepanjang tempoh enam bulan itu.


“Kami juga berharap pengecualian cukai ini membolehkan industri automotif mengekalkan pertumbuhan jualan tahunan,” ujarnya.

Selain  TC Subaru Sdn.Bhd dan Mercedes-Benz yang menyambut baik terhadap pengecualian cukai itu, Honda Malaysia juga tidak terkecuali menyokong penuh langkah kerajaan itu.



Honda Malaysia berkata, keputusan kerajaan itu bakal memberikan penjimatan tambahan kepada pelanggan selain mampu melonjakkan lagi industri automotif.

Ketika ditanya sama ada langkah pengecualian itu akan meningkatkan permintaan kenderaan, sebaliknya, Honda cuma berharap insentif bantuan tersebut dapat membantu pemain industri automotif  meningkatkan   penjualan industri kereta secara keseluruhan. 

“Langkah ini dilihat bukan sahaja membantu industri automotif mengekalkan pekerjaan secara keseluruhan tetapi turut membantu pengedar barangan mentah untuk terus survive dalam mengharungi masa yang sukar ini.

“Sesungguhnya ini masa yang mencabar bagi semua pihak tetapi kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana sentiasa membantu industri automotif. Honda akan terus menyokong penuh usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi,” kata jurucakap Honda kepada Caricarz!



Sementara itu. Presiden UMW Toyota Malaysia Sdn Bhd,(UMWT), K. Ravindran berkata, pihaknya juga mengalu-alukan  lanjutan pengecualian cukai itu sehingga enam bulan lagi.

"Oleh itu, UMWT  akan terus memberikan penawaran kewangan dan perkhidmatan digital untuk para pelanggan.

“Kami amat menghargai sokongan kerajaan yang sentiasa membantu meningkatkan industri automotif,” katanya.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

30-05-2025
Berita Auto

03-03-2025
Berita Auto
Berita Auto

31-05-2024
Kereta Baru

15-02-2024
Kereta Baru

23-08-2023
Pandu Uji

25-07-2023
Berita Auto

08-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026
Berita Auto

Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

04-11-2026
Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.