Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Banjir kilat di Shah Alam awal pagi ini melumpuhkan laluan utama termasuk NKVE, ELITE, dan GCE, menyebabkan kesesakan trafik teruk buat ribuan pengguna jalan raya. PLUS dan PROLINTAS bertindak menutup persimpangan serta menlencongkan kenderaan di kawasan terjejas seperti Seksyen 13 dan Bukit Jelutong demi keselamatan.
Senarai Highway Utama dan Jalan Ditutup
Kejadian banjir kilat yang berlaku seawal jam 3 pagi itu menjejaskan beberapa lebuh raya utama di sekitar Klang Valley.
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) mencatatkan laluan terhalang di Kilometer 9.1 antara Shah Alam dan Subang bagi kedua-dua arah.
Syarikat konsesi PLUS mengumumkan penutupan semua lorong sebelum masuk ke Plaza Tol Shah Alam serta Persimpangan Shah Alam di Lebuhraya ELITE.
Sementara itu, pengendali PROLINTAS GCE mengesahkan penutupan penuh susur Ramp B, Ramp C, dan Ramp D di persimpangan NKVE akibat limpahan air.
Kesesakan Teruk Pengguna Jalan Raya Awal Pagi
Pengguna media sosial di platform Threads berkongsi situasi semasa kenderaan terperangkap dalam kesesakan sejak jam 6 pagi.
Pengguna akaun @yayatoya_ melaporkan jalan di Seksyen 13 ditenggelami air sepenuhnya hingga menyukarkan pergerakan kenderaan ke tempat kerja.
Situasi sama berlaku di persekitaran Plaza Tol Bukit Jelutong dan Jalan UiTM Shah Alam yang menyaksikan deretan kenderaan bergerak amat perlahan.
Pengguna jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan turut menasihatkan awam supaya tidak berdegil meredah laluan air surut bagi mengelakkan kerosakan kenderaan.
Status Kerosakan Jalan & Nasihat Pengendali Lebuh Raya
Selain limpahan air, terdapat laporan warga netizen mengenai kerosakan fizikal jalan berhampiran Gajah 16 menghala ke Paya Jaras. Walau bagaimanapun, maklumat kerosakan struktur jambatan berkenaan masih menunggu pengesahan rasmi pihak berkuasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perhatian Kepada Pengguna Lebuhraya ELITE! Ujian Penyaluran Trafik Hingga 14 Jun
Perhatian kepada para pengguna Lebuhraya ELITE!
05-06-2024
Laluan USJ-Seafield ELITE Ada ‘Smartlane’ Bermula 1 Jun - 31 Ogos, Ini Waktunya...
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam 'SmartLane' dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023 di laluan USJ-Seafield.
01-06-2023
Lori Terbalik, Pemilik Pula Halalkan Orang Ramai Kutip Sotong
Pemilik makanan mentah halalkan orang ramai kutip sotong.
02-07-2024
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
Kemalangan: Viral Kereta Dirempuh Bertubi-Tubi
Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta.
11-05-2026
Plus Pasang Papan Tanda Sebagai Makluman Kepada Pemandu Kenderaan Berat
Kenderaan berat tidak dibenarkan berada di NKVE, ELITE dan beberapa lebuh raya lain pada waktu puncak, bermula 19 Februari ini.
10-02-2025
NKVE Ditutup Secara Berperingkat Bermula 30 Mac Ini
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup secara berperingkat bermula esok.
29-03-2023
Berita Terkini
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
