Berita Baik! Golongan OKU Kini Boleh Menerima Vaksin Secara Pandu Lalu!
Ketika kerajaan giat menjalankan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah dilupakan!

Menyedari hakikat kesukaran anggota keluarga membawa OKU ke pusat pemberian vaksin (PPV) gara-gara pergerakan mereka yang terbatas menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan PPV pandu lalu untuk golongan ini.
![]()
Keputusan kerajaan itu nampaknya bakal memudahkan urusan 40,000 ahli komuniti OKU di negara ini untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Mereka kini tidak perlu beratur panjang ataupun bersesak dengan orang ramai di pintu masuk PPV.
Malah, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kapasiti pengagihan suntikan vaksin kepada 400 orang sehari.
Untuk makluman anda, PPV pandu lalu kendalian OKU Sentral ini telah pun memulakan program vaksinasinya semalam.
Kesemua 40,000 komuniti OKU itu dikatakan bakal menerima vaksin secara berperingkat dalam tempoh lima bulan akan datang.
“Buat masa ini, PPV pandu lalu akan memberikan 80 suntikan kepada OKU sehingga Jumaat ini. Sebaliknya, pengagihan suntikan itu akan ditingkatkan kepada 160 hingga 200 dos sehari sehingga tempoh lima bulan akan datang,” kata Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Tahniah kepada kerajaan kerana menyediakan pelbagai fasiliti semata-mata memastikan semua lapisan masyarakat menerima suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini.
Terima kasih kerajaan!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

